Dapur Tanpa Sempadan...

Khamis, 10 April 2014

Hilang satu pelanggan !

 

Patutnya hari ni , wife ada check up berkala di klinik kerajaan . Tapi disebabkan dia ada keje luar , dia tak dapat nak pergi. Dah cuba buat penukaran tarikh tapi tak dapat .. Disyorkan agar pergi juga buat pemeriksaan di klinik swasta ..

Dalam kepala aku , klinik Dr.Maria di Alamanda Putrajaya. Yelah , doktor kat situ , doktor perempuan .. Jadi senang skit laa .. Tapi masalahnya ialah .. doktor mana yang bertugas malam ni ?

Sejarah lampau membuatkan aku dan wife amik berat part doktor bertugas. Jadi aku suruh wife call dulu klinik tu untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut ..

Dan wife call.. Dah tau sapa bertugas.. Doktor XYZ .. Hurmm.. Pernah ada pengalaman dgn doktor tu ! Serik ! Dia periksa tah hapa hapa jer.. Macam tak sabar nak balik jer ! Berbeza sungguh dengan satu doktor yang sering kami jumpa .. Dia periksa dengan teliti dan banyak bersoal jawab..

Disebabkan doktor XYZ bertugas malam ni , maka tak jadi nak gi klinik Maria .. Tukar klinik lain je la ! Hurmmm .. Walaupu tak beri impak pada mereka .. cuma hilang satu pelanggan je tapi disebabkan pelanggan tu ada blog , maka dia update dalam blog .. Agak agaknya , berapa ramai akan amik berat mengenai doktor yang bertugas selepas ini ? Hehehehe ..

Jangan main main dengan pengguna media sosial .. Antara realiti dan fantasi.. Segalanya mudah tersebar dengan pantas ..

4 komen :

Suria Lekatlekitgurl berkata... [Reply to comment]

kita patut dapat apa yang kita nak dari harga yang kita bayar.. kan??

MizzTina berkata... [Reply to comment]

Mcm ada satu klinik swasta kt dengkil ni.. sy nk buat checkup sbb baby xbrape aktif.. scan pun mcm nk xnk je.. pastu dia mcm blurr.. mende la doc mcm tu.. ckit pun xmenyenangkn hati sy.. scan yg nk xnk tu tanpa ubat n print hasil scan pun dia caj rm25.. jmpa xsmpi 10minit.. haishhh...

Abhamz SSU berkata... [Reply to comment]

betul tu En Ben, kita kena pilih dr yg betul2 buat pemeriksaan, setengah tu periksa ala kadar...sentuh pesakit pun tidak...tahu2 bil, alamak mahal giler

Zuraida Rahim berkata... [Reply to comment]

Saya pun memang ambil berat Dr mana yang akan kita jumpa mengikut pengalaman yang lepas

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI