Hilang satu pelanggan !

by - Khamis, April 10, 2014

 

Patutnya hari ni , wife ada check up berkala di klinik kerajaan . Tapi disebabkan dia ada keje luar , dia tak dapat nak pergi. Dah cuba buat penukaran tarikh tapi tak dapat .. Disyorkan agar pergi juga buat pemeriksaan di klinik swasta ..

Dalam kepala aku , klinik Dr.Maria di Alamanda Putrajaya. Yelah , doktor kat situ , doktor perempuan .. Jadi senang skit laa .. Tapi masalahnya ialah .. doktor mana yang bertugas malam ni ?

Sejarah lampau membuatkan aku dan wife amik berat part doktor bertugas. Jadi aku suruh wife call dulu klinik tu untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut ..

Dan wife call.. Dah tau sapa bertugas.. Doktor XYZ .. Hurmm.. Pernah ada pengalaman dgn doktor tu ! Serik ! Dia periksa tah hapa hapa jer.. Macam tak sabar nak balik jer ! Berbeza sungguh dengan satu doktor yang sering kami jumpa .. Dia periksa dengan teliti dan banyak bersoal jawab..

Disebabkan doktor XYZ bertugas malam ni , maka tak jadi nak gi klinik Maria .. Tukar klinik lain je la ! Hurmmm .. Walaupu tak beri impak pada mereka .. cuma hilang satu pelanggan je tapi disebabkan pelanggan tu ada blog , maka dia update dalam blog .. Agak agaknya , berapa ramai akan amik berat mengenai doktor yang bertugas selepas ini ? Hehehehe ..

Jangan main main dengan pengguna media sosial .. Antara realiti dan fantasi.. Segalanya mudah tersebar dengan pantas ..

You May Also Like

4 comments

  1. kita patut dapat apa yang kita nak dari harga yang kita bayar.. kan??

    BalasPadam
  2. Mcm ada satu klinik swasta kt dengkil ni.. sy nk buat checkup sbb baby xbrape aktif.. scan pun mcm nk xnk je.. pastu dia mcm blurr.. mende la doc mcm tu.. ckit pun xmenyenangkn hati sy.. scan yg nk xnk tu tanpa ubat n print hasil scan pun dia caj rm25.. jmpa xsmpi 10minit.. haishhh...

    BalasPadam
  3. betul tu En Ben, kita kena pilih dr yg betul2 buat pemeriksaan, setengah tu periksa ala kadar...sentuh pesakit pun tidak...tahu2 bil, alamak mahal giler

    BalasPadam
  4. Saya pun memang ambil berat Dr mana yang akan kita jumpa mengikut pengalaman yang lepas

    BalasPadam