Dapur Tanpa Sempadan...

Rabu, 30 April 2014

Ke Hospital Besar Kuala Lumpur ..

 

Nak ziarah ayah aku .. Kali pertama aku pergi melawat ahli keluarga aku sendiri .. Hurmm..

Naik teksi. Aku sorang je pergi .. Wife ngan Qhaliff , duduk kat rumah mak aku. Kang usung sekali , risau lain pulak jadi jalan ceritanya .. Huhuh..

Pemandunya berbangsa cina. Seronok gak bercerita pasal pengguna jalanraya yg tak cukup didikan ni .. Aku mintak dia berhenti kat Jab. Kecemasan. Seperti biasa , aku blur nak ke mana walaupun tahu niat asal aku ke sini .. Rujuk perbualan group famili di whatsapp..


Ada gambar.. Tanya nurse , dia kata kenaaaaaa jalaaannnn terus pastu ke bangunan baru.. Aku gi la kat bangunan tu..Berpeluh sikit laa sbb tengahari kan ? Terpinga pinga aku bila sampai dalam bangunan baru tu..

Ah sudah.. Aku cuma ada info yg skit je ni .. Wad 20 tingkat x .. hurmmm Ternampak kaunter pertanyaan.. Aku pun berjalan menghala ke situ..


" Yer En.Ben.. ".

Aik .. belum introduce nama , dia dah kenal ? Rasanya last aku guna name tag , masa mengajar dulu..

Huhu..

Senyum je kawan tu .. Aku bersalaman dan tanya arah ngan kawan tu.. Dia pun bagitau la kat mana setelah bertanya pada kawan sejawatnya.

Rupanya betul dah teksi tu turunkan aku tempat tadi tu.. Cuma aku tak tau kena masuk ikut Pintu C untuk naik ke atas ..Patah balik laaa jwbnya..Hee..Ucap terima kasih dan patah balik..

Akhirnya sampai ke katil bapak aku. Keseorangan je. Dok tidur tidur ayam je dia ..Sian je aku tengok. Aku kena kuatkan semangat. Kena tunjuk aku cool. Tak leh nampak sangat aku sedih sebenarnya.

Tak lama kemudian , sepupu aku sampai.. Bla bla bla.. Aku tanya apa kata doktor dan tarikh operation dan apa yang akan dilakukan mereka .

Katanya , lidah tu akan dibuang setengah bahagian , manakala bahagian bawah dagu tu pon akan dibedah untuk buang kuman yang dah mula merebak.

Tengkuknya akan dibuat lubang untuk bernfas. Aku tarik nafas panjang. Pujuk dia … Bagitau ramai dah buat gitu dan Alhamdulillah .. ok jer ..

Photo: Leher pon akan turut terlibat.. kuman semakin merebak :(

Hurmm.. Kansernya baru tahap 1. Nasib baik la.. Ada harapan la jugak.. Kena redha ..

Kemudian dia bagitau aku sakit pesakit lain yang ada dalam tu antaranya seorang lelaki yang baru je kawin , ada kanser di otaknya. Huhh… Siann..

Kul 2 , aku beransur pulang. Esok datang balik .. Kena luangkan masa banyak skit sebelum dia operation 8hb nanti dan wife lak , 5hb kalau masih belum bersalin .. Hurmm ..

Semoga Allah sembuhkan penyakit ayah dan permudahkan urusan wife aku..

10 komen :

Farah Waheda Wahid berkata... [Reply to comment]

semoga segalanya dipermudahkan yer abang ben...

MamaFaMi berkata... [Reply to comment]

Mama doakan yang terbaik buat ayah Ben ye.

DYatie berkata... [Reply to comment]

Semoga dipermudahkan segalanya Abg Ben.

sukaxplo berkata... [Reply to comment]

salam

sedih jugak tengok dalam keadaan orh yg kita sayang camtuh..

moga ayah sihat seperti sediakala

nuriarif berkata... [Reply to comment]

salam, abang ben. semoga segala urusan dipermudahkan buat ayah abg ben dan isteri abang ben.

Akif Imtiyaz berkata... [Reply to comment]

Moga segalanyer dipermudahkan ...
Insyaallah selamat semua ya ..
Aaaminn aaamin aamin ..

ali kanchan berkata... [Reply to comment]

Semoga dipermudahkan Allah. Beruntung masih ada mak dan ayah untuk kita ambil berat dan rasa risau pasal diorg...

norhasniza berkata... [Reply to comment]

Salam.abg ben mak sy disahkan kanser rahim thp 2 sept 2013..dah operate utk buang rahim..tapi kini kansernya dh naik stage 4 dlm bbrp bln merebak ke tulang blkg dan kaki..mak sy dah xboleh bjalan hampir 2 bln.kini kami berubat dgn bbrp ustaz untuk hilangkan bisanya..alhamdulillah nampak sedikit bkurangan..kebanyakan ustaz menyatakan adalah lebih mudah berubat jika belum operate..mungkin abg ben boleh cuba dulu atau..kalau xpasti boleh istiharah dulu...semoga ibu saya dan ayah abg ben akan sembuh..in shaa Allah

Sunah Sakura berkata... [Reply to comment]

moga Allah permudahkan segalanya untuk abang ben dan keluarga....

Lydia Miza berkata... [Reply to comment]

Moga mudah semuanya. Terasa pilu tgk pic tu. tak reti nk bg pendapat apa. Tp... Jika jd pd diri sy mungkin sy dah lari dari hospital. Huhu..

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI