Dapur Tanpa Sempadan...

Selasa, 22 April 2014

Serkup kepala atau menutup aurat ?

 

Ada kawan beri pandangannya .. Yang mana gambar aku dimuat naik ke Facebook seolah mempermainkan agama ! Dan ada juga mungkin rasa tak sesuai aku buat gitu sebab aku ni ‘ seorang bapa’ !

Laaaa .. Jauh benar dia berfikiran eh ? Ok la , aku tak marah pon tapi kalau kita nak kena fikir sejauh tu , seolahnya aku jangan post apa apa ponn termasuklah jugak gambar anak aku .. Mana la tau dia segan atau malu satu hari nanti ? Termasuk jugak la gambar aku .. Up gambar bunga je laa !

Haishhh .. letih kalau nak ikut apa orang fikir kan ? Yang penting , apa yang nak disampaikan ..

Photo: Design kedua.. tudung .. Sila pm harga jika tak berminat ! Hanya pembeli serius je dilayan. 

Mesej yang aku nak sampaikan ? Mudah je kan ? Takkan tak paham paham lagi ! Kalau ada yang nak kaitkan dengan agama , cer perhatikan dengan betul dan teliti .. Apakah cara seeloknya bila nak berpakaian menutup aurat ? Apakah memadai dengan menserkup kepalanya saja ? Tapi bahagian lain terbuka ?

Kalaulah Qhaliff nak malu dengan gambar gini .. Bermakna dia belum matang lagi laaa ..  Kalau ada yang nak kata aku ni tak reti ke nak malu ? Aku sebenarnya lagi malu tengok wanita Islam di luar sana tu yang tutup kepalanya tapi bahagian lain terbukak !

Ini cumalah salah satu cara aku nak sampaikan  kepada rakan rakan aku yang mana fesyen perlulah sejajar dengan agama kita .. Jangan main sedap dok kata fesyen muslimah padahal ?? Ingat cantik tapi rupanya kena gelak !

Tak kisah la apa pun .. Yang faham , faham la .. Yang tak faham tu mungkin cara dia ‘berdakwah’  lain caranya.. Masing masing ada caranya .. Yang penting , aku dah sampaikan pesanan aku .. Nak wat cara ustaz , aku tak layak langsung .. Heee , jadi wat cara yang aku termampu je la ..

5 komen :

ZazaMyMoon berkata... [Reply to comment]

setuju lah dgn pendapat abg Ben tu.
kadang ada tu pakai tudung kemain tutup dada.. tp lengan yg sejengkal kau x reti nak tutup kenapa??? gittue lah umpamanya.. hehehe

skuterlady berkata... [Reply to comment]

pada saya ok je.... de mesej kat gambar tu.... sendiri mau ingat la ooo... daripada letak gambar lawak yg takde isi, yg memang terang2 orang cakap bo@*^...hee...

terbaekkk bang! ha3

Abhamz SSU berkata... [Reply to comment]

tutup aurat orang faham tuntutannya berbeza dengan yg tutup aurat ikut-ikutan

Nadia Johari berkata... [Reply to comment]

oklah ade entry ni kalau bergambar sahaja takut orang tak paham..ingat abang ben main ape la dengan kain dan plastik tu..hehee

LynN LoLa~~ berkata... [Reply to comment]

Hahaha so ini laa motip gmbr turban abg ben ni. Deep sgt! Haha

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI