Susu Anmum punca anak dalam kandungan besar ?

by - Rabu, April 16, 2014

 

" Kandungan boleh mencecah hingga 3.2 kg “. Wife bagitau aku , selepas check up di hospital tengahari tadi.

Berbeza dengan Qhaliff , yang mana sewaktu melahirkannya .. berat dia adalah 4 kg lebih ! Besar , kata doktor.. Tapi kenapa yang kali ni kecik sedikit ?

Wife cerita kat doktor , sewaktu dia mengandungkan Qhaliff .. di beberapa bulan terakhir sebelum bersalin tu , dia ada minum susu Anmun..

Dan doktor pon tu pon kata berkemungkinan tinggi dari sebab tu . Katanya kandungan gula yang tinggi dalam susu Anmum tu mungkin menyebabkan baby tu besar. Wife takde diabetis … Jadi , bukan sebab tu !

Dan katanya lagi , banyak kes yang dia uruskan .. baby mmg tembam tembam.. Menurut doktor tu , ibu baby baby tu mmg ada amik susu Anmum ..

Aku ada buat survey kat FaceBook mengenai isu ni .. Pelbagai pengalaman dikongsi bersama oleh rakan rakan yang pernah minum susu ni ..

  • Mohong je tue. Saya minum anmum sampai anak 40 minggu dalan perut. Alhamdulilah anak kuar 2.7kg je. Yg blh besar ank dalam kandungan. Klu si ibu ada diabetis masa hamil. Jd elakkan minum susu yg berperisa spt mango atau coklat
  • Nurse pon cakap gtuh..susu anmum bnyak fat katanya...wallahualam..tp sy sbg ibu y pernah minum mmg seteguk je lalu..pastu rasa muak...mmg rasa dia pon ala2 bnyak lemak...
  • Tak jugak..sy pon minum anmum..ank cuma 3.1 kg.
  • Haah... Ia berlaku pada kami. Kandungan 28w++ doc detact ada GDM.. Urghhhh sgt leceh bila kene buat BSP setiap 2 minggu dan segala jenis makanan yg hebat2 terpaksa dicatu. Bayangkan org pegnen x leh mkn itu ini.. Dietitian siap ckp "Sy pon x paham la knp Anmum ada jual lg dlm pasaran. Manisss la"
  • Anmum sy test je masa preggy anak 1st...dapat minum seteguk je..pastu stop...x blh minum mmg muak...TAPIII anak kuar besar jgakkk....hahaha...3.89kg y 1st ... 3.77kg 2nd n 3rd...
  • Ikut bdn org jugak kot. Sy sbb minum anmum yg perisa original tu berat naik mendadak. Lps tu trus stop tukar susu lain. Kebanyakan nya sy minum susu kotak je. Alhamdulillah baby lahir masa 38weeks dgn berat 2.85kg. Sy ada gdm gak masa pregnant. Tp tu sbb factor keturunan kot. Sbb abah pengidap kencing manis.
  • Sy beli setin ke kecik anmum seawal kandungan sampai nak beranak susu tu abes2.. maknanya sy x minum la..kluar2 anak 4.03kg.. huhu..hari2 bedal nasik lemak...
  • Doc sy ckp masa dia x mengemukkan tapi susu dia MANIS dan sgt x sesuai utk ibu2 yg ngadu g bimbang penyakit lain sume dtg. Siap ckp lagi "sebenarnya susu apa pun boleh minum.pandai atau tidak bayi kita kita yg mencorakkannya sbb sel otak mmg akan trrus berkembang kalau xde apa2 masalah" ni doc yg ckp heheg bukan sy.
  • Susu anmum salah satu penyumbang baby besar.keywordnya gula berlebihan.makan benda lain yang bergula pun buat baby besar juga.faktor lain,sebab keturunan.mak bapak besar,anak pun besar juga..hehe
  • Faktanya anmum tu kandungan gula tinggi..kesan dia berbeza pada setiap org sebab sistem badan setiap org xsama...lbh baik minum susu segar dr ladang atau Ostematrix
  • Sempat check up kat klinik dulu bbrp kai sblm gugur 5 bln ..nurse ckp minum je apa2 susu asalkan dpt kalsium..nurse ckp susu anmun plk buat baby besar..entahla..tp mmg takleh minum susu tpg jd sy ambil susu segar HL jela..
  • Saya pun dietician suruh stop amik anmum sbb manis dan katanya punca baby besar. Kebetulan saya ada diebetes mengandung kali ni, terus tak beli. Anak sulung dulu minum anmum, dpt diebetes sampai bersalin kena induce. Kandungan ke dua tak amik anmum, diebetes takde. Yg ke tiga ni, ada diebetes, dan cepat2 dietician suruh stop. Kalau tak kerana baby songsang mungkin saya senang bersalin normal sbb baby saya kecil 2.6kg je.
  • Pernah bc 1 artikel ni..there are no such thing, susu for ibu mengandung..overseas x apply pun susu utk ibu mengandung just minum fresh milk je..tu yg sy bc la..tp x igt da bc kt mane..
  • Saya dulu mnum anmum coklat...dr 14 week smpai bersalin...alhamdulillah 3.24kg jer...maybe ada yg ok ada yg x...saya lbh suka buat lbh air...so xdelah manis sgt...dan alhamdulillah juga xde kencing manis spnjg preggy...bleh mnum susu soya...jnji susu....
  • Yup btol...berat naik minum anmum..n doc soh stop minum..doc sarankn minum susu dutch lady yg low fat
  • Kbnykn gynea akn advice elak susu anmum coz kandungan gula agak tggi. Beter amik madu/kismis/kurma or fresh milk aje. Everywhere can get. Yg pnting pndai2 la dptkn kalsium yg sesuai dgn bdn msg2.
  • Atas badan jugak. Ada org ok, minum susu apapun takpe. Ada orang tak sesuai, mudah dpt diebetes sms mengandung, anak besar dr biasa dll. Apalah nak ribut, org ni ok je, org tu tak besar pun anak, bla bla... kita kat sini nak kongsi pengalaman je...
  • Sy minum susu anmum dr 5 week until 11 week.. bila p checkup doc ckp ok.. setiap kli mnum susu juz msuk 3 scoop then air lebih.. x de la rse sgt.. yg rse tawar je la even mnum perisa coklat.. susu lain mmg x blh masuk..

 

Hurm… macam  macam cerita ada.. Baguslah gitu.. Bagi aku , dapatkan nasihat pakar yang lebih mengetahui tentang diri kita . Maksud aku doktor yang selalu check kita laa.. heee ..

Mana yang terbaik , kita ikut ..

You May Also Like

10 comments

  1. Most dietician ckp, susu anmum mmg tinggi gula. Tapi bb besar ni biasanya sama ada ibu ada gdm, atau mmg ada genetik badan besar, sama ada dr asben or wife. Sy gdm, gila manisan sekarang, tapi bb x besar pun. Sampai doc delay edd. Alasannya bb kecik.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dulu masa ibu mengandung anak sulung pun hampir hampir kena kencing manis sebab minum susu terlebih gula. Lepas tu terus tukar susu lain. Tak lama lepas tu keluar pula versi baru susu anmum untuk ibu mengandung kurang gula. Tak tahu pulak yang ni ok ke tidak.

      Padam
  2. sy pregnant ada GDM..lepas tu doc xbg minum anmum, diettician pun advice benda yg sama..sebab kandungan gula tinggi..kalau nk minum jugakk kurangkan skop..

    BalasPadam
  3. ye ke.. patut la baby keluar besar. 3.11 tu sederhana tapi besar untuk N yang kecik ni.

    BalasPadam
  4. awal pregnant je minum anmum sbb xtau nk start susu apa skali manis gila rasa... terus stop.. then kalau biar je mmg cpt sgt semut dtg.. just continue minum susu kambing... hopefully ok.. :)

    BalasPadam
  5. bulan lepas sy tanya doc betul ke susu anmum ni baby jadi besar..doc ckap kalau xminum anmum skalipun tapi makan tak jaga tetap anak besar jugak..faktor keturunan,cara pemakanan yg buat anak jadi besar..anmum ni memang manis..jangan bncuh pekat..bancuh cair jer doc ckap..elok sebab banyak khasiat dalam anmum..

    BalasPadam
  6. betul kata abg ben. baik tanya dokte yang selalu check up kita. sebab darah dan diri kita berbeza. tak semua orang boleh terima susu anmum. dan tak semua tak boleh terima. sebab kita kan berbeza

    BalasPadam
  7. so, keywordnya ialah makan dan minum secara sihat dan berpatutan.gitu? hehe..takut nak try anmum.minum susu nespray+madu aja.sedap juga.

    BalasPadam
  8. Baru je minum anmum sbb bila scan, babies kecik kata doc. Sbb twin pun sama. Tapi takpe la ikhtiar je.

    BalasPadam