Trauma gue !
Selepas semalam menyaksikan rakan blogger kemalangan , dan aku sendiri hampir mengalaminya selepas tu .. aku jadi sedikit trauma nak memandu !
Pagi ni , aku kena ke Sentul. Memandu dalam keadaan hujan , membuatkan aku berhati hati 200% dari biasa. Peliknya ada jugak kereta dipandu laju seolah olah keretanya diperbuat dari besi yang tak leh kemek langsung !
Tu tak masuk lagi dengan kereta yang tiba-tiba mencelah atau baru bagi signal , terus masuk ! Eh , apa dia ingat bagi signal baru 1 saat .. dah leh masuk terus ? Kereta belakang ni , tukun tiruan ke ???
Dan lagi best , bila kita dah jarakkan kereta .. ada jugak malaun gi celah antara kereta kita dengan kereta depan , tak pasal pasal kita pulak terkejut beruk dan perlahankan kereta secara mendadak ! Kalau berlaku kemalangan ,dia dah lepas.. Kita yang terkejut ni pulak jadi mangsa !
Tadi , di lebuhraya dari Bangi menghala ke KL .. ada sebuah kemalangan .. Remuk teruk .. Pintu kereta tu terbukak .. Dan kelihatan mangsa berlumuran darah.. Lelaki muda .. Hurm..
Aku kembali trauma .. Banyakkan istighfar , zikir dan berdoa.. Alhamdulillah , aku selamat pergi dan balik .. Huhuh.. Tamo pandu laju laju dahh ..
5 comments
semoga Allah melindungi kita semua dari sebarang malapetaka.. melindungi perjalanan kita & di mana saja kita berada..
BalasPadamassalam,
BalasPadamtadi di dekat studium jugra pun ada
kemalangan lori ayam dgn bas express...jalan jem teruk :(
InsyaAllah dengan doa naik kenderaan yg dibaca dapat melindungi En Ben dari mara bahaya disamping berhati-hati yg 200% tu....
BalasPadamujan-ujan elok la bawa perlahan je
BalasPadamMoga kita semua selamat hendakNYA..
BalasPadam