Tulen vs Palsu

 

Aiyokk .. timbul lagi kes tudung ni haaa .. Haihhh ! Aparaaa .. Bikin malu company jer ! Apa la nak pening sangat pasal tiruan atau ciplak design ? Kalau benar benar yakin dengan produk anda tuuuuu , tak yah pening . Pasti anda akan ada pelanggan punya laaa. Yang patut pening ialah bagaimana nak jual harga berpatutan supaya pelbagai golongan dapat memakainya dan juga kalau boleh , design la agar betul betul tudung tu , benar benar menutup aurat.. Bukan sekadar perhiasan kepala ..

Aku penggemar barang original. Tiruan ? Cari dvd tiruan je.. Nak beli original , tak mampu .. Mahal bang.. Pastu takkan nak simpan wat koleksi ? Biasanya lepas tengok , aku kasi Qhaliff main ..

Begitu jugak dengan pakaian.. Kalau aku nak beli , aku cari yang original dan berkualiti .. Selesa dan tahan lama adalah kriterianya .. Kalau nak murah , amiklah jenama biasa je .. Tapi ada mutu gak la kan ?

Cam kasut ni ..

Dah berpasang aku beli yang berjenama.. Rosak , tetap rosak .. Busuk tetap busuk.. Haa.. Rugi ? Tak pe laaa.. janji kaki sihat .. Hehehe ..

Sekarang , aku terpaksa jimat .. Aku beli kasut bermutu tapi murah sedikit harganya.. Gi je la BATA .. Memang ok la kasut ni.. Leh pakai gi gym atau layan futsal nanti..

Koyak , buang ! Pastu beli lagi.. Apadahal ! Bukan susah pon .. Aku takkan beli yang berjenama tiruan .. Bukan sebab berlagak tapi risau kesihatan kaki .. Sekurangnya , terjaga la skit kaki kan ?

Sama la tudung tu .. Kalau tudung tu bagus , kainnya bagus .. Kualitinya tip top .. Apa mau pening ? Tiru camana pon , orang akan cari yang ori .. Yang pakai tiruan tu , biar je la.. Mereka tolong marketkan nama brand awak tu haaa ..

Apa mau kedekut ? Mati mau angkut tudung bawak masuk kubur ka ? Aiyooo .. Rileks laaa.. Mau saman pon , buang masa jer.. Baik duit tu , buat sedekah ..

6 ulasan:

  1. betul tu..setuju...xyah nak takut, jenama antarabangsa yang lain berlambak je orang tiru...relax je kan

    BalasPadam
  2. sgt setuju abg ben...rasa cubalah fikirkan yg baik2 je... rezeki sale tu pun Allah yg bg...

    p/s : duk pikir awat la sanggup tdo dpn kedai nak tggu q pny pasal. Allah bg akal tak nak guna... sadiss

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009


Dikuasakan oleh Blogger.