WAZE oh WAZE !

 

Wife meetingg di PPUM pagi ni .. Semalam kat PPUKM .. Aku kena hantar dia sebab .. sebab ? Hurmm.. panjang cerita aihh… Malas nak cerita. Nak tau cerita , jom lepak mamak .. borak panjang.. Baru sesuai. Nak cerita dalam ni , risau ‘orang kampung’ pon baca .. hee.. Tak sesuai gitu..

Untuk ke PPUKM , takde masalah. Tapi ke PPUM ni .. aku lupa lak kat mana walhal aku tau !  Aku cuma kurang pasti.. Wife ? Heee.. orang perempuan.. Tau tau je la.. Bab jalan ni , mmg gagal sama sekali !! Hheehe. nak marah aku la tuuu .. Tak btul ke ??? Lalalala ..

Pasang Waze.. Hala tuju ditentukan .. Oh , tak jauh pon. Tapi sebab jammed , maka perjalanan jadi lama la .. Ditambah dengan kemalangan jalanraya lagi.. Huhuh..

Maka bergerak laaa awal pagi dari rumah. Hantar Qhaliff dulu ke rumah orang tua aku jap pastu terus antar wife .. Di lebuhraya menghala ke lebuhraya , Waze menunjukkan lagi beberapa km je nak sampai.

Jalan jammed ni ! Haaa.. Tiba tiba ‘dia’ suruh belok ke kiri dan kemudian buat ‘U turn ‘.. Tuu yang jalan dekat Angkasapuri. Aku ng pelik la kenapa dia suruh u turn.. Aku ikut je la sebab kereta banyak ni !!

Menariknyaaa ..Dia suruh jalan terusss ke depan dan masuk balik ke jalan yang aku datang tadi ! Huk alohhhhhhhhhhhhhh !! Woiii !! Nak kasi aku mati sakit jantung ke Waze ni ??? Dok sesuka hati je suruh lalu jalan tadi tu !! Geram aihhhh..

Wife whatsapp kawan dia yang gi meeting tu gak. Katanya dekat Amcorp Mall je tempat tuuu ! Aku kata dahhhh .. Aku tau tempat tu tapi tak yakin !!

Nasib baik la si Waze kasi laluan lain yang tak perlu harung jalan jammed tu ! Kalau tak ???

Dan sampai tepat pada masanya ! Tepat pada masanya di parking.. Bukannya atas kerusi dalam bilik meeting ! huhuhuh..

4 ulasan:

  1. dekat dengan office iolss tu abang ben... hik hik hik... waze memang pening sikit kata bro framestone...

    BalasPadam
  2. haha..boleh pulak suruh u-turn masuk balik jalan tu.tapi waze ni suka bawak jalan dalam taman / kawasan perumahan. Ade jugak eloknya kan. Boleh elak jammed :)

    BalasPadam
  3. huk aloohhh, waze oh waze..bwk jln2 mkn angin duluuuu..

    BalasPadam
  4. tu laa..saya hampir tersesat gara2 waze..nasib baik masa tu lalu tpt familiar..klu tak naya

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009


Dikuasakan oleh Blogger.