Aku pening ! Alternatif atau pembedahan ?

by - Khamis, Mei 01, 2014

 

Pening ! Ada kawan syorkan guna itu ini .. Hasil dari pengalaman atau keluarga terdekat . Manakala ada yang suruh kekalkan dengan sedia ada . Terima kasih atas cadangan.

Semalam , aku lawat ayah aku.. aku tahu dia tak nak operate.. Kalau boleh , dia nak keluar. Aku pun kalau jadi dia , aku nak keluar walaupun nurse yang jaga dia dalam tu , cun cun dan baik belaka .. Huhu..

Kang kalau aku bawak keluar , cuba perubatan alternatif .. takut makin melarat dan nak bawak ke hospital , dah tak nak terima pulak .. Hurmm.. pening gak tu ..

Sekarang ni , stage 1 .. Kuman mula merebak. Kalau dibiar lama , lagi la..

Sian tengok dia .. Dah la tak leh tidur kat hospital tu .. Ingat anak cucu .. huhu.. Masa dengan dia , aku wat wat kental jer .. Borak selamba.. Walhal … Bila keluar dari wad , dada terasa amat berat sekali ..

Hari ni gi lawat dia lagi . Ingat nak bawak Qhaliff sekali tapi tak la naik atas. Bawah ayah turun bawah .. hurmm..

Ujian dari Allah tanda DIA sayang dan ingat pada kita. Setiap kesabaran itu ada ganjarannya. InshaAllah.

You May Also Like

7 comments

  1. Sabar abang ben . Mudah mudahan semua berjalan lancar utk ayah abg ben :)

    BalasPadam
  2. Org tua biasala ..kadang2diaorg raser tak perlu la nak bedah2 nie ..
    Tapi untuk jangka masa panjang la kan En Ben baik kita pilih pembedahan ..lgpon itu yg paling baik raser nyerr ... Kalau guna rawatan alternatif takut jugak sbb kita tak tau risiko yg bakal dihadapi nanti .. Buat keputusan terbaik ...Fikirkan yg TERBAIK ..
    Salam 1 Rejab .. Selamat hari Pekerja.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setuju.takut melarat..kat spital diorg blh pantau apa yg patut..1 lagi nasihat saya..pesakit pun kne redha..jgn bg stress..klu stress dikuartiri penyakitnya cepat merebak.

      Padam
  3. Assalamualaikum abg ben.. mak saya hidap kanser paru2 peringkat 4 . mula2 memang buat rawatan hospital, tapi selang seli dengan cara alternatif. apa kata abg ben cuba beli aprikot kering tu , kisar dengan buah epal hijau .. aprikot tu dalam 10 biji , then epal dalam 1 biji kisar dengan 2 gelas air mineral. insyaAllah slow2 sel2 yang rosak tu akn pulih ..

    Apapun jgn putus asa , selagi boleh berubat .. teruskan :)

    BalasPadam
  4. teruskan berubat di hospital...kalau kat rumah susah sbb kemudahan yang kurang dan payah nak buat mcm misi tu buat disamping carilah rawatan secara alternatif...doa kita panjatkan agar beliau sembuh...InshaAllah

    BalasPadam
  5. Makcik saya baru je meninggal baru2 ni sebab kanser payudara. Bila dpt tau ada cancer dia x nak pegi hospital. Dia sibuk berubat cara kampung. Lepas 3 bulan cancer terus merebak dengan cepat, siap bernanah dan daging tersiat dr kulit. Lepas dah jd mcm tu barulah dia pegi hospital tapi dah terlambat. Dia meninggal selepas beberapa minggu. Katanya yg dia pegi berubat altenatif tu x bagi pegi hospital nanti rawatan tak jadi. Nasihat saya pegi je hospital tapi boleh je kalau nak buat rawatan altenatif. Jangan tak pegi langsung. Cancer ni cepat merabak. Kalau tahap 1 tu insyaallah memang ada peluang lagi.

    BalasPadam