Berjaga di hospital..

by - Jumaat, Mei 23, 2014


Hurmm.. sejarah dalam hidup aku ! Hari ni , dua orang yg aku sayang berada di tempat yg sama. Ayah aku di tingkat 4 , pakcik aku yang dipindahkan dari Hospital Pulau Pinang ..ditempatkan di tingkat 3 .. dan dia menunggu utk pembedahan.

Aku  , naik turun ke dua dua tingkat ni sepanjang berjaga kt sini. Kesian.. dua dua tak leh tidur. Pakcik aku menderita sbb kakinya manakala ayah aku , dadanya.. Pembedahan hari tu selamat dah dijalankan. Tunggu nak pulih sepenuhnya jer..

Ini kali pertama aku berada di hospital. Sebelum ni adik beradik dan sepupu aku yg temankan ayah aku. Dia tak boleh tidur kalau duduk sorang sorang.. 

Nasib baik nurse pelatih malam ni , ok ok belaka.. comel comel .. heeee.. tapi aku tak la ngorat.. janggut dah beruban , sapa nak .. kan ?

Nasihat utk korang.. jagalah kesihatan dan sediakan skim perlindungan insuran jika mampu !! 

You May Also Like

4 comments