Bila bayi kuning ..

 

Hari pertama Zahra Nur Iman berada di rumah. Tengok mata putihnya nampak seperti kekuningan. Wife pon perasan. Pengalaman anak pertama membuatkan kitorang syak gitu.

Awal pagi tadi , aku gi buat laporan pada pihak klinik kerajaan yang selalu wife buat check up tapi untuk kes aku ni , kitorang dah tukar ke klinik yang berhampiran rumah.

Klinik tutup , tapi di papan kenyataan ada tertera nama JM yang bertugas. Ingat lagi pesanan nurse yg datang merawat ..

“ Kalau wife bersalin hari cuti , call je nurse yang bertugas . Nanti diorang akan amik tindakan .. “

Dan , tak sampai sejam .. diorang pon sampai laaa.. Pemeriksaan dilakukan dan .. Confirm laaa… memang kuning tapi tak merbahaya lagi .. Dia syorkan pergi ke klinik An Nur. Bukan apa , takut ke hospital , lama menunggu. Kesian kat baby dan ibunya ..

Hurm.. Bila dengar je gitu.. kepala aku terus merancang perjalanan untuk masa singkat…

Berdesup ke Cheras dari Sepang. Tinggalkan dia kat mak aku jap ,berdesup ke Sepang semula. 

Amik wife dan baby , ke Bangi ..klinik AnNur utk check up kuning ,atas nasihat nurse. Kalau tinggi ,kena gi hospital Putrajaya.

Pastu aku kena gi amik Qhaliff semula. Sebelum tu nak gi lawat ayah aku kt Hospital Kuala Lumpur.

Gitulah perancangan aku .. Dan alhamdulillah .. check tadi kata tak tinggi lagi .. Doktor nasihatkan banyak bagi susu badan .. sekerap mungkin.. Hari ke 4 nanti kena datang check lagi …

Yang masuk jumpa doktor , mak mertua aku jer.. Wife tak sampai hati nak masuk sbb kesian tengok dia kena cucuk amik darah .. Huhu.. Dan aku gi Warta untuk beli air zam zam dan kurma.. Dah jimat masa dah kan ?

Selain dari air susu , ada aku beli ubat rebusan kat kedai sensei.. Sebut je untuk baby kuning , tau dah dia mana satu.. InshaAllah .. Usaha.. Lain dari tu , ada suruh mak makan anggur hitam atau titiskan pada baby.. Huhuh.. Aku rasa , baik mak je la makan.. tak pun , aku je laaa makan .. Heee..

Lain ???? Google je la.. banyak tips untuk baby kuning  ni .. hee..

14 ulasan:

  1. cuba rebus 3 biji peria katak bersama 3 pokok daun kucai..biarkan suam dan mandikan baby...

    BalasPadam
  2. Qhaliff dulupun kena kuning jugak...InsyaAllah dgn pengalaman itu dapat dimanafaatkan nanti...tp memang kesian kat Zahra..

    BalasPadam
  3. Moga kuning zahra segera hilang..

    BalasPadam
  4. bagilah susu kambing..ibu yg minum..sesudu pun ok..in syaa allah..saya fuli semua cuba.bagi anggur hitam,sapu madu kat langit2 baby,air rebusan kat sensei,rebus daun inai dan mandikan baby,rebus serbuk teh,rebus daun belimbing buluh..mcm2..yg tak sempat buat rebusan air kulit buah kundur..hehe..pengalaman..mak yg buat..klu kita ni tak taulah..

    BalasPadam
  5. Iffah Zukrina dulu mandikan dlm air kucai.. Alhamdulillah. Baby kuning ni kena try n try n never give up jer kan?

    BalasPadam
  6. dan ada yang kata kalau baby kena kuning kena jemurkan bawah cahaya matahari tapi bukan yang time panas terik lah awal pagi macam tuh ..

    BalasPadam
  7. Kerap bg baby zahra susu ibu...kalau boleh 2 jam sekali....insyaAllah kuning nya akan makin berkurang...

    BalasPadam
  8. Yong bg ank mnum perahan jus tebu hitam,alhmd ok..and halwa kundur,boh dlm air suam bg dia isap guna botol,klu rs hyk leh ka rendam dlm cwn n suap guna sudu

    BalasPadam
  9. banyakkan susukan baby dengan susu ibu..jgn biarkan baby tidur lama2...in shaa allah...

    BalasPadam
  10. anggur hijau ben.. setitis je kat baby!
    alhamdulillah kuning akan berkurang..
    saya dah cuba masa anak kuning dulu..

    BalasPadam
  11. blh cuba sengkuang cina.. sagat,,amik jus dia...kasi baby minum.. selain dr susu kambing atau anggur hitam..
    masa mengandung dulu sy amalkan minum glucose..alhamdulillah baby xde kuning.. utk ibu dalam pantang x pasti..cuba tanya org2 tua..kalau blh minum..blh cuba..kerapkan nyusu baby..

    BalasPadam
  12. blh cuba sengkuang cina.. sagat,,amik jus dia...kasi baby minum.. selain dr susu kambing atau anggur hitam..
    masa mengandung dulu sy amalkan minum glucose..alhamdulillah baby xde kuning.. utk ibu dalam pantang x pasti..cuba tanya org2 tua..kalau blh minum..blh cuba..kerapkan nyusu baby..

    BalasPadam
  13. Duduk tempat cerah. Kalo boleh cerah cahaya matahari.

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI