Cukur rambut Zahra ?

 

Jap.. aku tengah pening .. Sunnahnya , hari ke 7 bersama Aqiqah dan tahnik. Kemudian diberi nama..  Ok .. Kalau lebih dari 7 hari kelahirannya  , apakah masih ikut sunnah ?

Dari satu sumber yang aku baca ..

“ Mengikut sunah, apa yang dilakukan oleh Baginda kepada cucunya, Hasan dan Husin, apabila jatuh hari ketujuh diadakan akikah adalah memberikan nama dan mencukur rambut mereka berdua. Rambut tersebut ditimbang dan disamakan dengan nilai perak dan kemudiannya disedekahkan kepada fakir miskin. Bagaimanapun, ulama hari ini menyatakan, emas boleh digunakan bagi menggantikan perak. Bahkan, mengikut Islam juga, pada hari ketujuh akan dilakukan tahnik, jelas Pegawai Agama Istana Negara, Datuk Abu Hassan Din al-Hafiz. “ . Artikel Penuh di SINI.

Qhaliff dulu , aku kasi botak jer.. Tapi Zahra , perempuan. Ada yang kata bayi perempuan tak yah la botak..

Photo

Kalau cukur botak , banyak kelebihannya .. Aku bukan sayang rambut dia ke apa tapi aku risau nanti aku buat.. terluka nanti.. Mak mertua pon takut gak. hurm.. Nak kena cari orang yang pandai buat..

6 ulasan:

  1. emm bru tau sunnah hari ketujuh bt akikah..

    BalasPadam
  2. rasanya kecik2 botak tak pe kot abg ben..biar nanti rambut die tumbuh cantik je..tapi betul tu, kena carik yang pakar untuk cukur

    BalasPadam
  3. Selalunya mak bidan or tukang urut orang bersalin pakar bab cukur rambut ni. tentang hari ke7 tu mmg sunnah tapi kalau dah tak dapat sebab mcm2 halangan, buat la bila ada kelapangan... yang penting jgn dilengah2kan.. kalu dah besor baru nak buat akikah tu yang tak digalakan.

    BalasPadam
  4. elok botakkan rambut dia..supaya buang kotoran yg dari perut tu..

    BalasPadam
  5. elok botakkan rambut dia..supaya buang kotoran yg dari perut tu..

    BalasPadam
  6. elok botakkan rambut dia..supaya buang kotoran yg dari perut tu..

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009