Geram dengan pengawal keselamatan ! Part HOSPITAL PUTRAJAYA

by - Ahad, Mei 11, 2014

 

Memula , jutaan terima kasih kepada Hospital Putrajaya dan Hospital Besar Kuala Lumpur atas layanan terhadap isteri dan juga ayah aku sewaktu mereka berada di dalam wad. Aku tak nafikan mereka telah lakukan tugasan dengan cemerlang terutama doktor pakar dan juga jururawat.

Sayangnya.. ahaaa.. sayangnya , ada beberapa kelemahan telah rosakkan reputasi kedua hospital ini. Hurmm .. Aku cerita Hospital Putrajaya dulu eh ?

Sewaktu wife bagitau yang dia dah boleh keluar dari Wad , aku bergegas pantas ke hospital. Aku tak tau la berapa lama tempoh masa diberikan untuk mereka keluar tapi sebaiknya bagi aku secepat mungkin kerana bilik tu boleh digunakan untuk pesakit lain lak , kan ? Haa..

Sesampai je kat Hospital Putrajaya , aku kena amik mak mertua aku dulu sebab nak jaga Qhaliff yg ada dalam kereta tu .. Kemudian aku kena cari parking. Nasib baik hari dah petang jadi ada la banyak parking .

Aku naik ke wad wife dan amik barang bawak turun dulu.. Pastu aku berurusan dengan staff di unit Pendaftaran untuk discharge. Alhamdulillah.. mudah je urusan.

Kemudian naik atas semula untuk uruskan wife lak .. Ada lagi barang tertinggal seperti hadiah dari rakan rakan. Hurm.. Tak cukup tangan dah sebab kena tolak wife turun guna kerusi roda lak .. Tertanya gak aku , takkan nurse tak offer kot untuk tolak ? Malah kerusi roda pun kena tanya nak guna .. Hurmm.. Nak guna , sila tinggalkan MyKad atau Ic .. hurmm.. Ok , takde masalah ..

Turun bawah , pastu tinggalkan dia depan pintu keluar dan aku bergegas amik kereta .. pusing balik dan amik wife serta baby.. Dan gi parking kereta balik .. Kenapa ? Nak gi antar kerusi roda tu ler !

Qhaliff terjaga.. aku kena bawak dia sama sebelum dia ‘terjun’ kat mak dia ! Baby ada kat mak mertua.. Dukung la aku berpeluh peluh masuk semula ke hospital sambil tolak kerusi roda..

Di depan kaunter pengawal keselamatan , aku ditahan . Tak benarkan naik sebab aku bawak baby. Aku jawab la yang aku cuma nak hantar kerusi roda je .. Diorang tak benarkan .. Pastu kalau nak naik gak , tinggalkan anak kat bawah. Tersasul jap sorang tu ! Terkedu jap aku. Aku salah dengar ke ??? Nak je aku sound dia masa tu tapi aku coolkan diri..

Salah seorang pengawal keselamatan tu bersuara ,

“ Tak pe.. kami hantarkan.. “ .

Dia suruh kawan … lelaki muda segak bergaya untuk tolong hantarkan tetapi dijawab ringkas.. Malas ! Dan sambung berborak ! Perghhhh .. Sakitnyaaa hati aku dengar ..

Nasib baik laaa pengawal keselamatan wanita tu tolong gi antarkan.. Dia ni mmg nampak baik dari awal lagi berbanding sorang lagi tu.. Yang tu , banyak duduk berborak aku tengok .. Pastu bila bersoal jawab dengan pengunjung , serupa polis ! PErghhhh… Senyuman ? Hurmm.. maaf laaa..

Tak lama kemudian , dia sampai dan serahkan Lesen pada aku.. Hurmm.. Pengawal yang jaga tingkat atas , berbudi bahasa.. Yang kat bawah tu , kasi spoil segalanya !

You May Also Like

9 comments

  1. Nak borak berhenti kerja duduk warung / kedai mkan . Menyusahkan orang satu hal . Tak fikir ke gaji2 bulan tu tak berkat . Mmg spoil betul org macam ni .

    BalasPadam
  2. pergh gaya jawab dia dh macam kerja gaji 60 000 sebulan tu.

    BalasPadam
  3. pengawal x kira la hospital ke.jaga rumah ke. .mmg diorg eksyen..sy dah dekat 20 hari ulang alik g hospital htar.semalam ada sorang pengawal tu jerit2..gila kuasa kot hahaha..tensennya hari2 kena p hospital..

    BalasPadam
  4. bole komplen g unit pengurusan..sbb govt byr kpd kontrator yg hire pkerja tu..klu pkrja x mengikut spek dlm agrement bole kna penalti..majikan or kontraktor yg dlm kontrak pengawal kslmtn ctu x tau prkrja dia kerek...hee

    BalasPadam
  5. blh buat aduan tu.gila, dia xtahu dia cri psl dgn blogger pemes, sat lagi naik la nama dia kat pihak atasan huhu..klo sy yg kena dh nyirap da

    BalasPadam
  6. Seekor kerbau membawa lumpur, semua terpalit sama. Orang-orang macam inilah yang merosakkan nama hospital kerajaan. Terlalu rigid ikut peraturan yang ditetapkan hinggakan sifat perikemanusiaan langsung tak digunakan. Dah serupa robot pula.

    BalasPadam
  7. boleh wat surat aduan ke pengarah hospital ni bro. hospital putrajaya kena ubah la sistem kerusi roda tu.mcm spital ampang ngan sg.buloh depa berurusan amik n pulangkan kerusi roda kat kaunter bawah sekali kt lobi.spital ampang siap ada guard tlg bukak kan pintu keta n jagakan sy dlm keta sementara husband pulangkan kusi roda

    BalasPadam
  8. Saya pyn x suka dgn servis gomen hsptl ni. Bukan setakat pengawal nurse ngan doktor pun sama je

    BalasPadam
  9. Saya tak pernah ada kenangan "indah" berurusan dengan pengawal keselamatan dan juga staff di hospital kerajaan..hurmmm

    BalasPadam