Isu cermin mata selesai !

by - Selasa, Mei 13, 2014

 

Alhamdulillah .. Dah leh pakai dah spek aku tu ! Kalau tak leh gak , mmg aku suruh ganti balik wooo ..

Aku gi ke kedai yang aku buat spek tu .. Serius aku kata , aku tak puashati sebenarnya kat kedai tu.. Diorang menilai mata aku tu melalui mesin tu jer dan terus nak buat kanta dengan penilaian tu. Silap aku ialah kelam kabut dengan Qhaliff yang lari sana sini hingga terlupa yang sepatutnya mintak periksa mata melalui manual  utuk buat cermin baru !

Sewaktu cek melalui mesin tu , si staff tu suggest la cermin yang bapak mahal laaa.. Ada ke suruh amik kanta Nikon atau Carl Zeiss tuuu ! Giler ke apa ??? Tak pernah laaa aku dioffer gitu hingga nak buat cermin saja dah makan beribu ! Belum masuk bingkai tuuu ..

Pastu masa gi amik cermin mata aku yang dah siap tu , dia tak pun nak tanya itu ini.. Tak seperti aku gi ke kedai otai otai spek ni .. Diorang suruh tengok ok ke tak permandangan .. Pening ke .. Dan keselesaan !

Aku gi antar spek tu tadi sebab tak selesa ! Cermin tu , asik nak jatuh jer .. Masa aku gi amik spek ari Sabtu ari tu , aku bagitau dia laa … tapidia kata tu biasa .. Memang normal  ! Wak dia laaaa ! Aku lak dah kelam kabut sbb mak mertua dan wife serta baby dalam kereta..

Dan tadi , masalah aku selesai ! Staff kedai tu , terus guna mesin untuk betulkan spek tu.. Tak sampai 5 minit ! Settle masalah aku !

Tau kenapa si mamat tu tak betulkan ? Sebab dia tengah layan customer ! Customer ( aku ) yang dah bayar ni , dah takde value dah ! Apatah lagi spek aku amik tu , nilainya bawah RM1K !!

Hurmm.. mamat tu melayu.. Layan aku bagus.. Tapi macam nak ketuk kaw kaw jer.. Bila datang staff seorang lagi yang bangsa cina ni , dia terus bagi pilihan.. Samada nak turunkan lagi power aku tu atau ikut yang lama ! Kan senanggggg.. Dari awal lagi cakap gitu.. senang dah ! Baru aku ingat.. mana mana kedai aku pernah gi dulu , mmg diorang kata perlu turunkan power tu skit.. Tak leh nak ikut sangat sbb tinggi benor aku punya silau tuu ! Tapi mamat ni , ikut bulat bulat.. Gilo aihhh ..

Lega ! Tapi tak puashati sbb .. Hurmm.. Salah sendiri ! Sapa suruh kelam kabut !!

You May Also Like

4 comments

  1. nyaris tersembur ayam dalam mulut tengok encik ben munchoooongg gitu. heheh

    BalasPadam
  2. hahaha..apakan daya kerana qhaliff semua jadi tak kene..serupa macam qhaliff dah

    BalasPadam