Komaneko , aplikasi pendidikan untuk si kecil !

by - Isnin, Mei 12, 2014

 

Menarik ! Aplikasi yang menggunakan karektor kucing yang kreatif bagi meransang pemikiran serta mendidik lalu memberikan inspirasi pada anak anak sekitar umur 6 hingga 8 tahun.

Aplikasi ni boleh di download pada telefon pintar atau tab yang berasaskan Android mahupun iOS. Ada tiga bahasa untuk pilihan anda !

Menurut keratan media yang aku baca , “ Aplikasi hiburan yang bermanfaat ini merupakan sebahagian daripada aplikasi yang telah direka khas gabungan pendidikan dan hiburan di mana kanak-kanak akan lebih tertarik untuk bermain secara tidak langsung menuntut ilmu pada masa yang sama. “.

Ya , aku dan Qhaliff dah cuba pon ..

Photo: Tengah layan #komaneko #educationalapp ..  Apps menarik utk anak anak kita .. Sila download bg mereka yg guna iPad ..

 

Qhaliff cukup suka layan puzzle ni ! Huhuhuh … Menurut keratan media tu lagi ..

“  Buku yang padat dengan 34 halaman membolehkan kanak-kanak lebih mahir dan biasa akan perkataan bahasa Inggeris mencecah 500
patah perkataan begitu juga dengan Bahasa Melayu dan 600 karakter bahasa Cina dengan animasi yang sesuai buat lingkungan umur kanak-kanak tersebut.

Dengan cara mengolah bahan syarikat yang tersedia ada dengan cara yang unik dan inovatif, kanak-kanak ini dapat membawa diri mereka ke dunia fantasi Komaneko dengan cara tersendiri mengikut kreativiti masing-masing. “.

 

Menarik ? Memang laaa.. Dari diorang dok layan game yang entah apa apa , bagi download Komaneko ni ! Bayar skit je pon.. Tak mahal mana laaa .. Pastu pakai la berapa lama pon.. Leh je kongsi kongsi dengan adik beradik yang lain nanti..

Cuba laa.. serius .. tak menyesal ! Menarik punya.. Cari jer Komaneko .. confirm jumpa !

You May Also Like

5 comments

  1. Sambil jaga adik..qhaliff boleh belajar ni..

    BalasPadam
  2. macam best je mainan ni..dah lama tak main puzzle tu

    BalasPadam
  3. macam best je mainan ni..dah lama tak main puzzle tu

    BalasPadam
  4. Mcm ok jer macam best jer ..boleh gak didik anak dgn cara ni ..takder leka duk main game jer kan ..

    BalasPadam