Mengigil aku membacanya ..

by - Sabtu, Mei 31, 2014

 

Bila aku baca artikal penuh di sebuah fan page FaceBook , aku terus terbayangkan anak anak aku .. Mangsa yang berusia lebih kurang Qhaliff .. Apa dah jadi dengan manusia di Malaysia ni ?? Kalau luar negara tu , aku tak hairan sangat laa.. Tapi dalam negara kita sendiri ????? Aku seolah macam bermimpi jer..

Siasatan polis telah berjaya mengesan ibu mangsa berusia 32 tahun, tidak mempunyai pekerjaan hidup secara gelandangan di Bandaraya Kuala Lumpur. Keterangan ibu mangsa menyatakan semasa melepak bersama rakannya di tgkt 4 Kotaraya pada jam 3 petang, ibu mangsa telah pergi ke tandas, sambil meminta kawannya yg sama2 melepak untuk mengawasi anaknya. Lebih kurang 5 minit, sebaik keluar dari tandas, ibu mangsa mendapati anaknya telah tiada bersama-sama rakanya yg sedang melepak. Ibu mangsa bersama-sama rakan cuba mencari anaknya di sekitar bangunan kota raya tetapi gagal menemui anak mangsa.

Hasil dari maklumat awam, seorang saksi ternampak seorang lelaki dipercayai berbangsa India, sedang mendukong seorang kanak-kanak menyusuri Sg. Klang. Orang awam berkenaan turut melihat lelaki berkenaan merebahkan kanak-kanak berkenaan, sambil menghempaskan sesuatu ke kepala kanak-kanak berkenaan dan melakukan sesuatu dileher kanak-kanak tersebut.

Melihat kejadian itu orang awam bersama beberapa orang awam bergegas untuk menyelamatkan kanak-kanak berkenaan sebaliknya lelaki tersebut terus memukul kepala kanak2 berkenaan. Sewaktu saksi berkenaan menghampiri tempat kejadian lelaki berkenaan melarikan melarikan diri dan terjun ke dalam Sg. Kelang. Orang awam yg cuba menangkap lelaki berkenaan menyusuri Sg. Klang bagi mengekori lelaki yang berada di dalam Sungai Klang, dan nampak lelaki tersebut tengelam timbul, terus hilang dibawa arus dan mempercayai lelaki berkenaan lemas dibawa arus Sg. Kelang.

Pihak polis yg dimaklumkan mengenai maklumat ini telah menjalankan gerakan pencarian ke atas lelaki yang dimaksudkan. Gerakan pencarian dihentikan disebabkan keadaan cuaca semakin gelap. “.

Ada videonya… Budak tu dah berusaha nak lari tapi dia datang tarik balik budak tu.. Allah !! Manusia ni kalau laaa dapat ditangkap ketika tuu.. Haihhhh ..

Kes haru 38 orang tu dah cukup tragis.. Ditambah kes gini ? Buat aku senantiasa terfikir akan keselamatan aku sekeluarga di negara yang aman damai ini ..

Apakah perlu kita kembali ke zaman Melaka dulu ? Ke hulu ke hilir berkeris !

Semoga Allah lindungi anak cucu kita ..

You May Also Like

2 comments

  1. bkn lagi keris encik ben, terus rasa nak ambil lesen senjata, nak bawa pistol huhu

    BalasPadam
  2. Jgn tinggalkan anak2 dgn org lain sekali pun masa nak ke bilik air :D

    BalasPadam