Sesungguhnya merekalah HERO !!

 

Dari hari Isnin wife masuk wad. Redha je tinggalkan Qhaliff .. Terpaksa ! Rindu ? Gila tak rindukan budak bambam ni ? Keletah dia mmg leh buat kita geram tapi itulah sebenarnya kemanisannya tanpa kita sedari..

Hingga hari Khamis. Satu demi satu cm terbuka. Sayangnya terhenti di 4 cm .. Itu pun diinduce. Baby cam seronok duduk dalam perut si ibu. Seolah tau di luar sana nanti , bersepah noda dan dosa dan mudahnya juga mendapat pahala.. Huhuh..

Aku pulak yang berpeluh menanti hingga rasa sakit perut bila wife sebut dia nak aku temankan dia di dewan bersalin nanti ! Heee.. Mesti aku takut nak tengok , dia rasa ..

Jam 2 petang , dia dipindahkan ke dewan bersalin.. Aku kena ikut jalan biasa.. Dia ikut jalan short cut.. Heee.. Sampai depan kaunter tu , aku bagitau la kat petugas di situ seperti mana nurse tu bagitau..

Petugas tu amik nama wife aku pastu tiada tindakan. Aku tunggu skit punya lama dia punya respon. Berpeluh betis aku berdiri ! Ok , bukan aku jer.. ramai lagi senasib aku.. heee..

“ Suami Norazila ada ? “ .

Terdengar suara merdu memanggil aku. Aku jawab..

“ Saya cikgu ! “ .

Eh , takde la.. hahaha .. Aku pandang dan senyum. Sedas air liur aku telan ! Adehh .. Tak leh ke wat wat terlupa panggil aku ? Huhuh.. Ok , aku dah mula gemuruh ..

Tengok wife .. Dia dok pegang satu alat tu.. Aku pon tak tau la apa alat tu punya nama tapi dia kata untuk ilangkan rasa sakit .. Dia dok sedut sekejap sekejap..

Baru pukul 3 .. Bukaan baru 4 cm.. Dia perlu lebih banyak bukaan utk memudahkan bersalin. Doktor pakar cadangkan epidural untuk dia … nampak macam tak tahan sakit tapi aku tahu sangat wife aku ni. Nampak je macam tak tahan tapi orang perempuan ni , datang dia punya semangat , gunung pon leh terbalik wooo .. Boleh je terbalik tapi lom tentu la kan.. Melampau la gunung leh terbalik kan.. Tu perumpamaan jer .. heee..

Aku baca dulu pasal epidural ni kat satu artikal berhampiran katil wife. Doktor pakar tu pon ada terangkan mengenai epidural ni. Aku blur gak awal awal sebab ada 2 jenis katanya . Yang nak diberi pada wife ni , epidural spinal. Aku risaukan bekas parut caesar yang lepas dan juga parut operation cyst. Sebab dia ada kata pasal tu gak .. Aku fikir , kalau adik dia boleh buat takkan dia yang jauh lebih berjiwa kental tak boleh kan ? Maka tolak untuk dimasukkan epidural ..

Selepas Maghrib , masanya tiba.. Sebelum tu dewan bersalin sebelah kedengaran suara bayi menangis. Sebelum tu terdengar suara perempuan menjerit disusuli suara suara sokongan dari nurse dan doktor .. Huhuh..

Aku diminta duduk luar dulu sebelum dipanggil masuk.. Tak lama kemudian , aku dipanggil..

“ Encik , nampak tak kepala baby tu ? Ha.. suruh wife encik push kuat kuat .. “.

Aku pun bagi sokongan moral macam Malaysia masuk final Piala Dunia walaupun terlalu jauh sangat impian gitu.. hee..

“ Pusshhh.. yakin boleh punyaa.. Tahan nafasss.. Pushhhhh “.

Serius , aku pun tak tau apa yang aku suruh dia buat.. Main ikut cakap je nurse tuu.. Dah ada perkembangan tapi tak begitu memberansangkan..

Aku bisik kat wife .. Fikirkan Qhaliff..  Tetiba bersemangat terus dia ! Perghhhh .. Aku nak suruh dia fikirkan aku , risau terus lemah semangat lak .. Huuuu ..

Akhirnya doktor buat keputusan untuk Vacumn.. Aku bisik kat wife , teran kuat kuat pasni. Jangan kasi lama dia vacumn. Sian baby .. Aku diminta keluar.. Hati aku terus berdoa ..

2 minit kemudian , terdengar suara wife menjerit.. Gulp.. Sakitnyaaa … huhuuh.. Dan satu jeritan penutup..

“ Allahu Akhbarrrrrr .. “ .

Kedengaran suara bayi menangis selepas itu .. Aku dipanggil masuk untuk melihat bayi tu.. dan minta keluar semula sehingga dipanggil semula ..

Benarlah kata mereka .. Bukan mudah untuk melahirkan anak.. Pastu senang senang je nak tangankan anak orang ! Heee…

39 ulasan:

  1. Tahniah Ben...Qalish dah jadi abang...baca entry nie buat saya rasa sedih pulakk dan teringat melahirkan 3 orang anak yg semuanya melalui cesarian...

    BalasPadam
  2. saat saat menunggu kelahiran baby yang dikandungkan oleh isteri kita memang tidak dpt digambarkan dengan kata-kata..sakit yg isteri rasa seperti masuk juga dalam diri kita.. apa apa pun tahniah abg ben...

    BalasPadam
  3. sebak plak baca. tapi part abg ben kata nk suh dia ingt abg ben tu, bole tergelak jap. sempat lagi wat lawak abg ben ni.

    BalasPadam
  4. subhanallah.. alhamdulillah semua selamat..

    entri ni best :)

    BalasPadam
  5. Akhamdulillah, setelah bertarung nyawa, akhirnya Allah mudahkan juga. Syukur, pasni cabaran baru pulak ye abg ben. Tahniah utk abg ben dan family. Jaga mereka sebaiknya,

    BalasPadam
  6. Alhamdulillah, syukur selamat semuanya. Tahniah sbb abg ben sanggup disisi isteri saat melahirkan. Bukan semua suami sanggup tau! Ada yg pengsan dlm labor room

    BalasPadam
  7. Alhamdulillah, bersalin ni tak kira apa cara pun memang bertarung nyawa...jadi wahai suami2 di luar sana, sila hargai pengorbanan itu, sama juga dengan anak, hargai kedua ibu bapa... congrats lagi sekali, tapi still sibuk nak tengok gambar zahra...

    BalasPadam
  8. sedehnye bc..terbayang plak ms sy bersalinkn dua2 hero sy..airmata x henti mengalir...
    time tu perasaan hya Allah swt je yg tau..
    tahniah abg ben..mudah2an lil gal ni manambahkan keceriaan & kebahagiaan yg ada..
    yeayyyyy...abg long dh dpt adik...

    BalasPadam
  9. Sebak baca..menitis dah air mata..tp air mata gembira. :) syukur, alhamdulillah.. Setelah berhempas pulas bertarung nyawa demi ank tercinta..selamat suda semuanya.. Tahniah buat Beben sekeluarga :')

    BalasPadam
  10. alhamdulillah selamat...

    pengorbanan seorang isteri dan ibu kpd anak..sakitnya hanya Allah yg tahu..

    BalasPadam
  11. Salam

    Tahniah abg ben, ...
    Tahniah Qhaliff dah jadi abang

    BalasPadam
  12. Allahuakbar... akak 2 anak ceaser so x pernah merasa melahirkan normal tapi bila baca n3 ni seolah akak berada dlm bilik bersalin... tahniah ben dan isteri.. tahniah qhaliff dah jadi bang long

    BalasPadam
  13. sbb tu darjat wanita sgt tinggi. . tanggungjawab sebagai lelaki juga berat. . Allah maha adil kan :)

    BalasPadam
  14. Tahniah Ben Asaari...

    Selamat hari bapa.hehe

    BalasPadam
  15. untung ben dpt tgk isteri bersalin.. suami saya tiga2 anak tak sempat tgk sbb saya bersalin cpt sangat.. masuk labor room tak sampai 10 minit dah bersalin.. kesian dia tak dpt rasa pengalaman tu.. anyway tahniah sekali lagi!

    BalasPadam
  16. Touching plak. Terasa kesakitan itu sebab pernah merasainya. Tanpa ubat tahan sakit dan tanpa epidural. Natural birthing. Tapi tak der sampai kena vacumn.

    BEsar pengorbanan seorang isteri. Ibarat nyawa dihujung tanduk. Tapi ada gak suami yang tak menghargai perit jerih seorang isteri.

    Selamat berpantang dan selamat menyusukan baby buat isteri BA. Tak sabar nak tgk baby zahra ☺

    BalasPadam
  17. Alhamdulillah...tahniah buat a. Ben & isteri...semoga kedua2nya sentiasa dalam keadaan sihat insyaAllah...
    Baca entry kali ni, teringat balik pengalaman masa bersalin semua anak2...huhuhu...

    BalasPadam
  18. berderau bulu roma fiza baca . allahu .. pengorbanan seorang Ibu, Isteri .. tadi k.zla citer yg aben bisikkan suh ingatkan qhaliff tu :) .. Tahniah A.ben n kak zla :)

    BalasPadam
  19. tahniah ben ;)
    tahniah abg qhaliff dah dpt adik.. tp anty tetap rindu muka comey abg qhaliff.. pasti lepas ni dady ben akan lebih byk story nk cerita di blog ;)

    BalasPadam
  20. Tahniahhh dan alhamdulillah..yeaa Qhaliff dah jadi abang...

    BalasPadam
  21. Tahniahhh dan alhamdulillah..yeaa Qhaliff dah jadi abang...

    BalasPadam
  22. terharu bace ni abg ben..tahniah abg ben.. :)

    BalasPadam
  23. tahniah..moga anak yang lahir akan menjadi pengikat kasih sayang antara ibu, ayah & Qhalif :)

    BalasPadam
  24. Sangat memahami perasaan dan situasi yg dialami oleh isteri en.Ben , Tahniah dengan anugerah terindah ini.

    BalasPadam
  25. Sebak kerana begitu berharap untuk merasai pengalaman sebegini dan bersyukur kerana bertambahnya umat Nabi Muhammad SAW..

    BalasPadam
  26. Alhamdulillah semuanya dah selamat..

    BalasPadam
  27. Tochinggg

    Benn. Ayu leleh air mata kegembiraan.
    Besar pengorbanan Zla

    Doakan Ayu pulaa ya

    BalasPadam
  28. tahniah, En Ben...Qhaliff dah ada adik...tak sabar nak tunggu posting tentang kedua2nya yang pasti menceriakan dunia blogger dgn lebih lagi...

    BalasPadam
  29. Alhamdulillah segalanya dipermudahkan ..Tahniah untuk En Ben & isteri ... Wah budak bam bam tu dah jadi bang long la ...Tahniah Qhaliff..

    BalasPadam
  30. Alhamdulillah.. bersyukur.. semuanya dah slmt..
    touching.. besarnya pengorbanan seorg ibu..

    BalasPadam
  31. Allahu Akbar!

    Alhamdulillah...ada lagi pewaris abg ben... congratez abg ben~

    BalasPadam
  32. Ada yang senang.. ada yang susah ketika bersalin..
    Alhamdulillah selesai dan selamat akhirnya.

    BalasPadam
  33. tu lah..tahniah utk wife..saya ketiga2 anak ceaserian

    BalasPadam
  34. Salam, abang ben. tahniah buat abg ben dan keluarga.

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009


Dikuasakan oleh Blogger.