Sorang , lidah dan sorang lagi kaki !

by - Jumaat, Mei 23, 2014

 

Pengalaman baru untuk aku hargai lebih kehidupan ini ! Sebelum aku nak bercerita , aku nasihatkan korang yang ada duit lebih .. dari membazir tak tentu arah , baik dapatkan perlindungan insuran yang cover perubatan ..

Di Hospital Kuala Lumpur semalam , aku bermalam sehingga jam 5 pagi. Pastu aku balik sewaktu ayah aku tidur lena setelah amik ubat tahan sakit ..

Sebelum dia nak dapat tidur tu , dia asyik terjaga jer .. pastu ke tandas. Sesiapa yang jaga dia , kena papah dan ikut sama. Tak leh biar dia gi sorang . Bahaya..

Seperti yang aku bagitau .. ayah aku dimasukkan ke hospital kerana kanser lidah dan semalam , pakcik aku yang tinggal di Pulau Pinang juga berada di hospital yang sama gak !

Asalnya dia di Hospital Pulau Pinang tapi dipindahkan ke HKL kerana perlu dilakukan pembedahan segera. Masalah jangkitan kuman yang merebak hingga ke bahagian pinggang. Mula mula kaki jer.. Ni pembedahan ke 5 , menurut makcik aku tu ..

Aku , naik turun naik turun je gi lawat diorang. Sewaktu nak masuk wad tu , tengok macam macam orang ada .. Saudara mara lak yang meneman .. tidur di kaki lima di luar wad.. Hurmm..

Tiada la layanan istimewa dari nurse yer ! Nasib baik semalam la , nurse praktikal yang tolong bagi minum susu ( melalui wayar ikut masuk hidung ) tu cermat skit.. Aku pandang dia buat kerja .. Huhuh.. Saja jer.. hee..

Tak tau giliran sapa lak malam ni .. Aku awal pagi esok ada job nak disettlekan.. Serius , mmg tak cukup tidur aku hari ni ! Pandu kereta pon dah terhoyong hayang. Nasib baik balik kul 5 tu , takde kereta sangat.. Hurmm,..

You May Also Like

4 comments

  1. Tk pe en.ben, dlm kepayahan yg kita hadapi..ada keberkatan yg menanti. Itu la sumbangan kita kpd ayah yg dh besarkn kita.

    BalasPadam
  2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  3. moga dipermudahkan semua urusan Ben. InsyaAllah pahala berpanjangan. Memang payah penat jaga orang tua sakit terutama di hospital (pernah mengalaminya)...tapi ikhlaskan hati jaga.Kerjasama dengan adik beradik pun penting..

    Jagalah selagi mereka ada. Kita tak tahu berapa lama masa kita dengan mereka...huhuhu

    BalasPadam
  4. Sabar abg ben., Allah akan hadiahkan satu rasa yang sangat membahagiakan..

    BalasPadam