Tekanan jiwa la aku hari ni !

by - Ahad, Mei 18, 2014

 

Perghh… Penat ! Sangat penat mental dan fizikal ! Serius !! Sangat penat .. Qhaliff lak , dia takde selera nak makan sebab sakit tekak dan batuk. Sian dia ..

Jadi , lepas Asar tadi .. ajak la wife , mak mertua serta anak anak aku gi klinik. Sasaran , klinik Maria kat Alamanda tu haa.. Qhaliff , ceria la dapat keluar .

Sampai di Alamanda , ingat nak parking tepi jalan jer .. Aku dan Qhaliff je masuk klinik. Tapi parking haram tepi jalan tu penuh .. Hurm.. Aku masuk parking dalam je la..

Di dalam Alamanda , Qhaliff tak nak jalan. Aku kena dukung dia jer. Penat dukung , aku letak dia atas bahu aku. Suka laaaa dia ! Maka aku dijadikan ‘kuda’ tunggangan dia.. Dia pegang kepala aku dan pusingkan kiri atau kanan untuk ikut haluan arahan dia  ! Kalau aku nak ke kanan  , dia tak nak.. dia pegang rahang kiri dan kanan , lalu tolehkan kepala aku ke belah kiri ! Aku melawan.. lagi kuat dia buat ! Huhhh..

Sampai Klinik Maria , dia tak nak masuk. Menangis.. Hurmm.. Nasib baik la ramai orang. Aku pun malas menunggu. Kena pulak doktor bertugas , bukan doktor feveret aku. Terus keluar !

Wife dan mak mertua serta Zahra menunggu dalam kereta jer .. Nasib baik tak lama.. Dalam 15 minit gitu. Diorang tanya kenapa cepat sangat ? Aku pun cerita je laaa .. Hurmm ..

Dalam kepala aku ada dua klinik lagi.. Klinik Mediviron atau Klinik Maria di Presint Diplomatik. .  Kereta dihidupkan dan aku memandu ke arah sana..

Sampai situ .. parking dapat betul betul depan klinik. Murah betul la rezeki Qhaliff ni .. Aku turun , dukung Qhaliff.. tercungap cungap gak laa dukung budak ni ..

Masuk dalam klinik .. Aku bagi Mykid Qhaliff.. Staff dalam tu , bagi borang kat aku .. Dia suruh tulis sendiri ! Perghhhhhhh ! Menyirap aku weehhh !!

“ Sejak bila pulak kena tulis sendiri ni ?? “ .

Aku pelanggan tetap klinik tu dulu .. Sehinggalah aku pindah wooo !!

“ Panel ke bayar ? “

Aku jawab la bayar .. Dia kata kena isi borang tu.. Hurmm.. Menyirap la gak ! Aku dukung Qhaliff , terus keluar dari klinik tu ! Klinik tu , pelanggan pon takde waktu tu !! Apa salahnya dia tuliskan ? Haihhh…

Aku dukung Qhaliff ke 7 Eleven sebelah dia. Nak belikan air kotak coklat untuk Qhaliff.. Amik satu air kotak , harganya RM2.20. Aku hulur RM3 !

“ Ada 20 sen tak ? “

Haihh…

“ Ada .. Dalam kereta .. Nak saya amik ke ? “. Aku balas.

Dia diam.. Tetiba kawan dia keluar dari satu bilik .. Dan dia bersuara.

“ Malasnyaa nak keluarkan syiling ! “.

Astagfirullah al azim .. Bapa pemalas rupanya ! Harap muka je lawa tapi pemalas ! Baik berenti kerja dan tunggu je Datuk mati pucuk masuk meminang ! Geram aihhh ..

Keluar dari 7 Eleven tu , aku masuk dalam kereta.. Pandu ke Klinik Maria ( An Nur ) . Nampak ada sorang dua dalam tu.. Dan ada parking kosong depan klinik tu. Rezeki Qhaliff lagi..

Aku dukung Qhaliff yang dah semakin kepenatan tu masuk ke dalam Klinik.

“ Registration Closed “.

Terpampang atas meja kaunter. Tengok jam , dah kul 7 malam. Doktor bertugas ialah Doktor Maria. Doktor Maria ni bagus orangnya ! Serius ..

Aku panggil staff bertugas..

“ Tutup dah ke ? “

“ Rehat sampai jam 8 malam. “

“ Hurm.. Doktor ada lagi ? Boleh tak jumpa kejap je ? Saya dari Sepang ni.. Penat sangat dah … Batuk je .. Takkan lama punya.. “.

Muka aku mmg dah muka welfare dah ! Sakit kepala  ditambah tak cukup rehat .. Aku cakap perlahan jer ..

Dia amik MyKid Qhaliff..

“ Terima kasih .. “ . Lega hati aku.

Tak sampai 5 minit , nama Qhaliff dipanggil dan masuklah jumpa Dr.Maria. Seperti yg aku kata tadi , mmg baik sangat orangnya .. Dia layan Qhaliff baik jer .. Sah , sakit tekak ! Amik ubat demam , sakit tekak dan batuk. Risau aku dia sakit nanti dalam perjalanan ke Kelantan esok .. Pastu diorang semua tinggal sana , aku sorang je balik .. Hurmm..

Tak sampai 10 minit pon , selesai dah .. Legaaa aku.. Terus balik ke Sepang . Malam ni kemas barang lak .. hurmm..

You May Also Like

9 comments

  1. emmm, nasib baik dpt jugak ambik ubat utk Qhaliff, setelah berpusing2 keliling dunia kan...heheee..

    ok, hati2 utk perjalanan esok, semoga selamat sampai Kelantan...

    BalasPadam
  2. Ya Allah kesiannya kau Ben...sedih aku baca sebab cara kau gaya kau mcm awrwah bapak aku..huhuhu
    Sebab aku yg sulung, aku yg selalu nampak dia dukung heret adik2 aku bawak gi klinik kuar masuk kete, mak aku dgn adik kecik lagi..huhuhu
    Besar sungguh pengorbanan seorang bapa SURARUMAH..walaupun arwah bapakku kerja kilang tp byk masa dia urus anak2 dia, sbb kesian mak aku dgn karenah adik2 kecil lagi..huhuhu

    Huhuhu sabar ye Ben..wa salute lu!!

    BalasPadam
  3. Moga perjalanan balik ke Kelantan selamat hendakNYA..

    BalasPadam
  4. Bila saya baca citer En Ben ni raser saya cam masuk jugak kat dalam citer tu ..Betul2 menyentuh la citer nie ..cam telenove;la yg bersambung2 tiap isnin -khamis la pulak jadinyerr ..Saya suka citer ni hehehe ..Bukan lawak tapi bila saya baca ada jugak cam lawak kat sini tapi baca2 dan baca lagi baru la saya tahu EN Ben ni KESIAN sungguh..Sabor sabor sabor ..

    BalasPadam
  5. Alhamdulillah akhirnya dapat juga jumpa Dr Maria..Allah bantu berkat redha dan sabar abg ben..Demi lunaskan tanggu gjawab pada anak..selamat memandu untuk esok ye..selamat pergi balik..moga Qhaliff cepat sihat..

    BalasPadam
  6. sabo ye bang ben.. kalo tahu baik la pi klinik yg last skali tue.. yg si pekerja tue plak apekejadahnya la malas nak keluarkan dia syiling.. adoi..

    BalasPadam
  7. A day of daddy's life.
    Besar pengorbanan seorang ayah.
    Insya Allah semoga perjalanan balik sekeluarga dipermudah & berjalan lancar..
    **yg tukang baca pun mengah2 rasanya

    BalasPadam
  8. Sian qhaliff, moga cpt sembuh. Daddy habis tenaga ke sana sini nk cari doktor.hurmm byk betul dugaan

    BalasPadam
  9. kesiann..
    bila anak tak sihat, ikutkan jela kerenah dorang..

    Anak Kerap Demam?

    BalasPadam