Dapur Tanpa Sempadan...

Selasa, 20 Mei 2014

Tertarik dengan minyak wangi kasturi kijang !

 

Dulu aku tak kisah sangat dengan bauan kasturi ni atau orang dok sebut minyak atar ! Hurmm ..dok bangga sangat dengan perfume mahal dari barat tu haaa..

Tapi deria hidu aku sekarang ni , lebih tertarik dengan minyak wangi kasturi ni .. Apatah lagi ianya dikaitkan dengan wangian dari syurga.. hurmm..

Bila gi solat kat masjid , pastu bauan ini akan terhidu punya dan secara automatik , terus tenang dan selesa solat ! Terus hilang bauan perfume aku yang mahal tu !!

Lama dah aku cari minyak wangi gini. Tak perasan lak kat internet banyak je jual.. Hehehe.. Ni aku jumpa kat kedai di Ketereh. Tak plan pun nak cari tapi kebetulan berenti dengan kedai pakcik ni.. Terus aku gi singgah tengok.. Amik satu satu dan dia bagitau , ni kasturi kijang.. Aku tak kisah sangat la apa jenisnya tapi bauannya tu ! Huhuh… Terasa berada sebelah imam masjid terus aku ! hahahaha..

Serius , wangi wooo !! Pakai wat solat atau keluar dating pon syiokkkk ..

5 komen :

Akif Imtiyaz berkata... [Reply to comment]

Mmg wangi ..Hubby saya pon ada jugak pakai masa pergi solat jumaat ..hehehe ..mmg wangi ..nak solat boleh pakai tak der la mcm minyak wangi mahal yg ada alcohol tu mana blh buat pergi solat ... Tapi sesetengah org sembur minyak wangi yg beralkohol tu masa pergi pejabat pastu pakai jugak masa nak g solat jumaat ,..pelik pelik..

Syarifah Nornazrah Al Yahya berkata... [Reply to comment]

kalu minyak atar ni, naz suka yang nama dia Habibi. sedap bau, soft jer. tapi susah kemain nak jumpa

Norma NML berkata... [Reply to comment]

Kat Ketereh tu mmg byk..especially hari sabtu..pasar tani..tapi kalau kat Bandar Baru Bangi ni selalunya kat kaki lima Masjid Hasanah tu mmg ada jual myk kasturi ni..hubby akak pun amalkan..dlm masa yg sama myk wangi ni boleh buat terapi utk hilangkan sakit kepala n tenangkan jiwa..InsyaAllah...:-)

Masz Health Boutique berkata... [Reply to comment]

suka jugak...colet kat sejadah sikit...wangiii...nyamaan..

Faten Meera berkata... [Reply to comment]

abg ben, minyak kasturi kijang ni ada kegunaan dia. contohnya kalau selsema, sapu pada batang dan lubang hidung.

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI