Apabila dua ‘Q’ bertemu ..

by - Isnin, Jun 23, 2014

 

Hahahah.. aku tak leh tengok laa diorang berdua ni  ! Yang sorang , macam nak ajak bermain bersama .. tapi sorang lagi , nak main dengan teman yang lebih tua dari dia ! Hahahah ..

Qhaliff Iman , berusia 2 tahun 2 bulan manakala Qaseh menghampiri 2 tahun pada bulan 8 nanti ! Sungguhpun Qaseh lebih muda dari Qhaliff , Qaseh rasanya dah lebih petah berkata kata berbanding Qhaliff yang masih gemar cakap Jerman !

Rasanya anak lelaki gitu eh ? Orang kata , anak lelaki ni .. lambat cakap tapi dapat  kaki dulu berbanding anak perempuan , sebaliknya !

Si Qaseh , takut tengok aku. Nampak aku jer , terus lari ke ayah dia .. yakni adik lelaki aku. Qhaliff lak , lebih suka gi main dengan abang abang Qaseh..  Hingga nak keluar gi makan malam pon , dia nak naik kereta diorang ! Tak kisah dah kat mak ayah dia ..

Dan dalam kereta , dua dua tidur hinggalah sampai ke restoran idaman ramai , Lava Grill ..

Dan sehinggalah orang nak start makan.. baru nak terjaga ..

Amboi.. dah macam pakat nak tidur … huhu …

You May Also Like

2 comments