Bila mak dera anak ..

by - Ahad, Jun 22, 2014

 

Pastinya dalam sehari dua ni , viral gambar dan video kes si anak kecil yang OKU tu .. Dan terkini aku pun dapat gambar si mak yang punya akaun di Facebook dengan nama yang .. hurmm ..

Maka , berkoyan koyanlah kutukan , makian , sumpahan pada si mak tu .. apatah lagi dia dok keluarkan kenyataan yang .. hurm… tak masuk dek akal ..

Bila jadi gitu , lagi laaaa warganegara Malaysia yang prihatin ini menambahkan lagi kutukan serta makian padanya.. Cuma segelintir sangat la yang mendoakan agar si ibu tu diberi hidayah dan petunjuk dari Allah.

Aku ? Aku ? Hurm.. Sesungguhnya aku memang kesian sangat kat mereka .. Aku tak tau apa masalah si ibu hingga sanggup lakukan sedemikian rupa pada anaknya dan anaknya , beruntung kerana terhindar dari dosa dunia yang lebih teruk dari penderitaannya.

Sebenarnya , kita lah yang patut dikasihani sekarang ni .. Serius ! Celik celik mata , berapa ramai antara kita yang menambah dosa dan berusaha mengurangkan dosa ? Kesian kan ? Walhal kita masing masing akan dihisab nanti ! Tapi kita lupa.. kita asik nampak salah orang hingga terlupa dosa kita sendiri berkoyan koyan !

Nak sedih boleh.. nak simpati boleh .. Tapi jangan sampai larti dari batasan agama bila memberi komen mahupun pendapat.. Di zaman ni , segalanya tiada lagi yang mustahil !

You May Also Like

4 comments

  1. org lebih memilih untuk mengata dr menolong menyelesaikan sengketa :(

    BalasPadam
  2. hm.. saya cuma rasa terkilan apa yang terjadi. Amat sedih.

    BalasPadam
  3. akur, ada kebenaran bambeng cakap tu.... tapi aku ada jugak tulis kisah budak ni... entahlah... terkilan sangat dengan apa yang terjadi... mungkin family aku, sekeliling aku ramai sangat yang oku, jadi aku terasa sangat budak tu dizalimi :)

    BalasPadam
  4. semoga ibunya diberi petunjuk & kita sama2 bertaubat.

    BalasPadam