Dapur Tanpa Sempadan...

Selasa, 10 Jun 2014

Bila Qhaliff rosakkan radio kereta !

 

Teringat lagi ketika Qhaliff memasukkan duit ke dalam ‘ tabung ‘ peribadi dia di dalam kereta aku ni.. Sengih jer selepas tu ! Perghhh .. Aku punya terkedu masa tu..

Kecik besar kecik besar je aku tengok dia .. Huhuhuh.. Nak marah ? Nak pukul ? Tak berbaloi sungguh laaaa ! Kerana radio , anak di tangan-tangankan ? Hurmm..

Radio tu tak leh main dah cd selepas tu. Aku redha. Dalam kepala , dah plan nak tukar radio ada skrin LCD tu.. leh layan kartun atau ABC dalam kereta bila jalan jauh ..

Antara syiling yang sempat aku selamatkan sebelum ‘ditelan’ ..

 

Segala perancangan ‘rosak’ bila kawan aku kata boleh diperbaiki radio tu.. Bawak gi ke kedai aksesori jer .. Bagitau suruh keluarkan duit dalam tu.. Tak mahal pon charge dia ..

Lepas workout tadi kat Bandar Tasik Permaisuri , di gym AzMass tu.. aku terus hantar kereta aku ke kedai aksesori kereta yang terletak dibawah gym tu.. Sebelum tu aku tanya dulu kos nak repair tu..

“ RM30 jer.. “ . Terus aku setuju… Dari RM900 baik, RM30 jer.. heeee…

“ Sejam je “. Jawapan yang diberikan bila aku tanya tempoh nak repair.. Ok la tu.. Tak lama.. Leh gi lepak cuci mata area tu sat..

Tak sampai sejam , aku kembali .. Tengok , kereta tu dah settle pon ..

“ Dah siap ? “ . Aku bertanya untuk mendapatkan kepastian..

“ Dah… RM20 jer.. Ada 20 sen je dalam tu.. Upah bukak je.. “.

Wah.. Alhamdulillah.. Murah je pon.. hehehe ..

 

Bayangkan jika aku marah dan naik tangan pada anak , walhal kos nak repair tak mahal mana tapi kos ‘ hati tercalar’ pada anak tu .. seumur hidup dia akan ingat .. Hurmm ..

9 komen :

Suriana abdul kadir berkata... [Reply to comment]

Kreatif sungguh si Qhaliff ni :)

Aswan Azmy berkata... [Reply to comment]

bagus Qhaliff suka menanbung..dalam radio pun boleh..haha

zarulfarhana berkata... [Reply to comment]

heheheh.. kena beli tabung satu kt Qaliff nie...

Miss Moon berkata... [Reply to comment]

hahah tu dia duit siling terus masuk dlm tuh ...cuba bukak semer radio tu Ben ...ntah ntah beringgit2 dah ada dlm tuh hahahha

Mohd Azfar berkata... [Reply to comment]

kekadang pelik buat apa mak bapak nk marah anak sendiri beria ia..=)

qhalif gitu mksudnya dia kreatif.. =)

Abhamz SSU berkata... [Reply to comment]

sabor je la, Qhaliff...Qhaliff

Akif Imtiyaz berkata... [Reply to comment]

Sama la en ben..ank saya yg kecik tu dulu slalu masukkan syiling kt situ huhuhu..

Jie Susanos berkata... [Reply to comment]

haha..hbt gk ghalif ni ea..tapi toi kata ben.. xberbaloi marah dan nsib tak marah..

PeRdU cINta berkata... [Reply to comment]

Secara tidak langsung..abg ben dapat didik hati untuk bersabar dalam melayan karenah anak..

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI