Buffet Ramadhan di Las Vacas

by - Sabtu, Jun 14, 2014

 

Las Vacas ? Kali pertama aku mendengarnya dan terus menarik minat aku untuk mencuba juadah yang disajikan di sana… Heee..

Alhamdulillah , petang tadi .. Aku dan blogger , Razzwey selepas selesaikan kerja di PJ , terus memenuhi undangan pihak Las Vacas yang terletak di Wisma Winbond , Jalan Yap Kwan Seng. Hee , senang je nak cari bangunan ni .. Boleh nampak tepi jalan jer.. Dekat dah ngan KLCC ..

Photo

Bila masuk ke restoran ni , aku rasa cam .. Wowww ! Selesanya ! Haaa.. Gitu laaa.. Pastu terus buat kerja selepas beramah mesra dengan staff di situ.

Hurmm…

Susun atur makanannya dengan mana aku rasa pengunjung tak perlu berhimpit atau berebut untuk memilih makanan kerana keluasan restoran ni ..

Aku tak suka makan nasi bila gi mana mana buffet ! Nanti cepat kenyang. Entah mengapa , hari ni aku terasa nak makan nasi hujan panas ni .. Nampak sangat menyelerakan ! Dan , mmg benar ! Sangat sedap sehingga aku tambah 2 kali ! Razzwey mengakuinya walaupun aku kurang yakin dengan jawapannya sebab bagi dia , semuanya sedap ! Huhuh..

Ke bahagian feveret aku yang mana dulu , bila aku makan , pasti sakit kepala ! Rupanya.. aku ditipu hidup hidup ! Kambing sangat sedap okeeh dan bukanlah penyebab kepada penyakit darah tinggi !

Hurm… Banyak pilihan makanan dan semuaya menyelerakan. Huhuh..

Photo

Air oren dia.. Aku minum dekat 5-6 gelas ! Tapi tak puas puas gak ! Aku baca Bismillah ok ! Rasanya campuran air tu yang buat rasanya ‘menarik’ sangat ! Macam nak tapau je bawak balik rumah.. Hahahah ..

Ok ok .. Pastinya korang nak tau berapa harga buffet Ramadhan kat Las Vacas ni kan ? Haaa .. Untuk pengetahuan korang , Las Vacas hanya di cawangan Yap Kwan Seng saja dibuat buffet Ramadhan ni .. Paham ? Bagus..

Harganya , RM100 untuk dewasa dan RM50 bawah 12 tahun.. Ok pe ?? Antara hidangannya nanti Australian steaks and New Zealand lamb segar dibakar l! Tambahan nanti , akan ada  plethora of canapés and salads .. Smoked beef with mustard, tuna mayo egg teriyaki, black olive tapenade, chicken with creamy pesto, smoked turkey salad with balsamic, salad with beef strips, grilled vegetables and red cabbage slaws, creamy potato salad, spicy tomato and tea leaves with mixed nuts salad, mixed green salad. ( Sori , copy paste yang ni.. Kang terjemah , buruk pulak rupa juadah tu )

Selain tu Nasi Hujan Panas, Nasi Minyak, Nasi Tomato, Beef Rendang, Ayam Masak Merah, Ikan Bakar, Asam Pedas, Kuih Seri Muka, Karipap, Kuih Talam  dan byk lagi .

Surau disediakan . Jangan risau .. All ala-carte menu tetap ada seperti biasa .

Untuk tempahan meja , sila hubungi 03-2181 5586. ASAP ! Lambat , telan air liur je.. heee .. Oh ya.. Kalau nak ada persembahan , sila booking hari Sabtu dan Ahad jer ..

Lokasi ?  Las Vacas, Yap Kwan Seng, No. 33 Lot 5, Ground Floor, Wisma Winbond, Jalan Yap Kwan Seng, 50450 Kuala Lumpur.

You May Also Like

2 comments