Dari gym ke EconJaya !

by - Selasa, Jun 03, 2014

 

Jam 6 petang.. aku plan nak gi gym. Tapi Qhaliff tetiba wat karenah ! Ajak keluar jalan.. Aku pun bawak la jalan sana sini dengan mendukung dia ..

Pastu bila aku patah balik ke rumah, dia meraung tak nak masuk Nak jalan lagi. Mesti otak dah tepu duduk rumah tu.. Hurmmmm… Nak balik KL , minggu depan. Dah sangap la tuu.. Siann..

Nak tak nak , aku hidupkan enjin kereta.. bawak dia jalan sana sini.. Suka la dia .. Tapi aku tak tau nak gi mana area ni.. Bukan kawasan permainan aku.. Huhuh..

Akhirnya bawak dia gi gym. Saja tengok tengok kat sana. Kat gym , aku pulak gian nak layan. Tapi bahaya kalau aku bersenam , dan dia terbiar gitu.. Aku bawak dia balik.. Tamo ! Meraung !

“ Nak tuuu .. nak tuuu .. “ . Dia tunjuk kedai makan yang pernah aku singgah dengan dia. Nak milo ais la tu. Hurmm.. Aku dukung dia ke situ dan order air ..

Air dah sampai tapi dia minum sikit jer. Selebihnya nak lari sana sini dalam kedai tu. Takkan aku nak biar kan ? Kang biar , jadi apa apa .. aku jugak dituduh cuai. Aku dukung dia meronta nak turun..

Aku bayar air minuman dan kembali ke dalam kereta. Sekali lagi dia meraung ! Aiyoookkk… Dahi mula bercucuran peluh.. Gigi dah mula bertemu gigi ! Sabar .. sabar .. sabar ..

“ Ok ok.. jommm .. “ . Ajak aku.

“ Yeaaayyyyyy .. “ . Terus ceria dia ..

Aku pandang EconJaya yang terletak 500 meter dari tempat aku parking kereta .. Dan kembali dukung Qhaliff menuju ke shopping mall tu dengan seluar track aku yang koyak sana sini dan lusuh tu ! Nampak cam ayah gelendangan je aku ni ..

Dalam EconJaya , destinasi aku ke tempat mainan budak yakni di tingkat 3 rasanya.. Dengan dukung dia , yang dah seberat 15kg tu .. aku cari sesuatu yang membolehkan dia tak nangis dah ..

ULTRAMAN ! Terbang RM20 !

Turun balik 3 tingkat .. kembali ke kereta dan dia senyap.. Sengih kat aku. Teringat nasib anak kecil yang dibunuh baru baru ni , aku bersyukur sangat.. Tak kisah la setakat kena dukung sana sini ..

Enjin kereta dihidupkan .. Balik ke rumah.. 5 minit kemudian , patung Ultraman tu , berada di lantai sudah dan dia , dok sibuk kejar kucing !

Hurmm..

You May Also Like

4 comments

  1. Bagus la mcm tu abg ben...baik dibawk anak tuu...dr bertaruh keselamatan dia kan....Elok jgk...Econjaya xde escalatorrr....

    BalasPadam
  2. X dok escalator...mcm tunas manja kalau kat tempat saya...ting 3 x naik dah...x larat

    BalasPadam
  3. bro ben, ada kt kok lanas smpai bila?? esk insyaAllah balik sna. law senang nnt boleh jumpe minum teh sesama.

    Jazakallah

    BalasPadam