Durian Belanda anti kanser !

 

Dulu kaannn .. aku tak amik kisah langsung pasal kanser ni ! Aku ingat , kanser ni biasa biasa je la.. Sama cam penyakit penyakit lain .. Heee.. Merbahaya terutama dah sampai peringat tahap 4 gitu tapi cara perubatan dan cara nak cegah tu .. aku tak peduli .. Sebab ? Sebab ilmu cetek ! Hee.. Aku akui ni !

Tapi bila ayah aku dah kena .. Tu diaaa ..Baru aku tau ! Rupanya nak mengubat kanser ni , memang laaa sukar ! Dah kena tu , memang penat laaa jawabnya. Naik turun hospital , sebelum.. semasa dan selepas ! Tak kira kita yang sakit malah ahli keluarga pon kesian gak.. Hurmm ..

Baru baru ni , ayah aku dimasukkan ke hospital gara gara kanser lidah ! Sebulan dalam hospital gitu ! Aku pon dah hafal dah nama nurse kat hospital.. Eh , silap.. hafal kat mana nak parking .. Heee..

Dipendekan cerita .. cegah lebih baik dari mengubat ! Sebelum kena , kita cuba elakkan kanser ni dengan mengambil makanan atau minuman yang ada anti kanser ! Contohnya .. Durian Belanda !

Tadi , aku gi Pasar Tani Putrajaya .. Ternampak dua orang lelaki muda ni siapkan booth jualan dia .. Aku baca poster yang ada di kotak bekas air produk jualan mereka .. ‘ Durian Belanda – Anti Kanser’ .

Ok ok.. aku gi beli nasi ayam dulu.. cari bihun untuk ayah aku.. pastu sedikit kuih dan kembali beli air Durian Belanda yang sememangnya lama dah jadi pujaan aku .. Heee..

Dan , siapp shopping kat situ.. Giliran beli air Durian Belanda lak .. Aku malas nak beli air air manis yang lain.. Sememangnya aku nak jaga kesihatan sekarang ni.. Dah nak cecah 40 tahun wooo walaupun nampak muda 20an.. Aku redha..

  

Haaa.. Ada yang tanya , kat mana nak beli ? Situ ada no tel dan juga alamat.. Leh je tanya diorang.. Sedap tak ? Macam yang tertera kat situ , ‘ Less Sugar ‘ .. mmg kurang manis tapi aku sukaaa ! Heeee..

Aku beli dua botol.. Satu untuk aku dan satu lagi untuk ayah aku .. Hurmm.. Harga , RM4 seboto masa aku beli..

4 ulasan:

  1. suka jus durian belanda mmg sedaaaaaap =)

    BalasPadam
  2. Durian belanda ni memang bagus untuk cegah diri kita dari penyakit kanser.

    BalasPadam
  3. buleh la try nih. sbg langkah p'cegahan.

    BalasPadam
  4. interesting...singgah sebentar..http://ladiesingreen.blogspot.com

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009