Jom sertai Kem Ramadhan Yeo’s bersama sama !

by - Selasa, Jun 17, 2014

 

Rasai dan Menjiwai Makna Berpuasa di Kem Ramadhan Yeo’s Melalui ‘Titian Serasa Ramdhan’ yang akan diadakan nanti di Shah Alam Convention Center ( SACC ) pada 12hb Julai 2014 nanti .

Titian Serasa Ramadhan merupakan program komuniti yang ketiga yang dianjurkan oleh Yeo’s , bertujuan untuk menjemput semua rakyat Malaysia tanpa mengira usia, bangsa, agama, kepercayaan, budaya atau latar belakang untuk bersama merasai pengalaman sehari berpuasa dalam bulan Ramadhan di samping menghargai perbezaan budaya dan amalan rakan-rakan Muslim kita.

Menyemai sifat-sifat mulia seperti sifat sabar, mengawal dan mendisplinkan diri, Titian Serasa Ramadhan merupakan satu landasan masyarakat bukan islam untuk berani menyahut cabaran berpuasa selama sehari di samping mempamerkan kasih sayang dan kemesraan kepada komuniti kita.

Terbuka kepada 500 peserta, orang awam berumur 15 tahun dan ke atas digalakkan untuk menyertai Kem Ramadhan Yeo’s ini nanti .

Program yang disediakan tidak sekadar memberi manfaat kepada rumah kebajikan yang terlibat, malah aktiviti lain seperti membersihkan dan menghias rumah untuk Hari Raya Aidilfitri turut diselitkan sebagai satu program komuniti. Selain itu, terdapat juga aktiviti-aktiviti lain yang disediakan seperti pertunjukan fesyen, pertandingan kumpulan dan sesi cabutan bertuah dengan gajet dan hadiah-hadiah menarik berjumlah lebih daripada RM 10,000 untuk dimenangi.

Antara selebriti yang akan hadir nanti untuk memeriahkan program komuniti ini nanti ialah penyanyi yang tidak asing lagi di negara kita iaitu Heliza Helmi , Juara Astro Talent Quest 2004 yang terkenal, Fayse Goh , penyanyi dan pelakon terkenal, KeQing dan .. er , aku sendiri selaku blogger ..

“Follow” Yeo’s Malaysia di semua saluran media sosial: Facebook, Instagram, Twitter dan hashtag #yeosramadhan untuk mengikuti perkembangan terkini atau boleh menyumbang dalam tweets langsung Sinari Kemuliaan Ramadhan Bersama Yeo’s.

Apa lagi ? Cepat dapatkan tempat untuk sertai program yang julung julung kali diadakan ini ! Caranya ? Hubungi talian khidmat pelanggan Yeo’s di 1300 80 2828 atau 03 7787 3553 untuk mendapat maklumat lanjut mengenai kempen ini. Atau layari laman web Yeo’s di www.yeos.com.my

Yeo’s berbesar hati mengalu-alukan dan menjemput orang ramai menyertai dan merasai pengalaman bermakna dalam Kem Ramadhan Yeo’s bermula dari sekarang !!

You May Also Like

1 comments

  1. wahh.. best nya aktiviti cam ni. alang-alang cuti neh, nak join lah.. ~ fresh graduate yg blom bekerja, kna join aktiviti camni. hehe :D

    BalasPadam