Dapur Tanpa Sempadan...

Sabtu, 21 Jun 2014

Kereta berdesup laju , tapi saman tetap sama !

 

Hurmm.. Tertengok berita kat TV3 tadi.. Ada satu part yang menarik perhatian aku..  Kereta sport bernilai berjutaan ringgit akan dipasarkan di Malaysia ! Cantik giler koooo !! Aku kagum woooo .. Rasa macam nak beli 10 gitu ! Rasa je laaa . Mampu rasa jer..

Tapi kalau mampu pon , aku terfikir gak.. Nak bawak keta tu gi mana ? Kalau di highway Malaysia ni , paling laju pon leh gi 120km/j jer.. Jalan bandar baru 80kmj.. Putrajaya yang 3 lorong pon 80 gak.. Dah tu nak gi mana ?

Tapi aku mampu beli kereta tu , takat nak bayar saman seciput tu .. apa la sangat kan ? Janji boleh memecut ! Apadahal kan ? Hehehehe..

Sayangnya aku cuma mampu pandu kereta biasa jer .. Nak pergi 120kmj pon dah gegar kereta .. Sesekali nak cepat , terlebih la skit kelajuan tu.. Dan depan tu ada laaa kamera ! Nasib tak baik , kena saman !

Jumlah saman aku dengan pemandu tadi , sama kan ? RM300 kan ? Aku pandu kereta biasa.. RM300 tu besar wooo ! Nak laju tu bukan sebab suka suka tekak nak laju ! Kekadang tertekan skit je pon pedal tu… dah terlaju di tempat tak sepatutnya ! Nak tak nak , kena bayar la kan ?

Persoalannya .. adil ke ?? Kereta mewah tu pandu laju , kena saman .. sama dengan kita yang terpaksa pandu laju skit atau tak sengaja nak laju !

Ok.. tak kisah la .. Bayar tetap bayar ! Tapi aku harap la kan.. Kerajaan buat la perubahan skit tang saman tu.. Kalau kereta tu , kereta mewah , dan kelajuannya tu melampau .. kasi saman mahal laaaa ! Takkan RM300 gak kan ? Adoiyai..

Saman ikut insuran atau harga kereta tu… Haaaa ! Baru la adil ! Sapa suruh beli kereta mahal mahal pastu pandu laju kan ? Haa…

1 komen :

Abhamz SSU berkata... [Reply to comment]

orang yang banyak duit juga yg untung...

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI