Layan #gilabola oleh Joe Flizzow

by - Khamis, Jun 19, 2014

 

Semua orang tengah demam ! Samada dia menonton atau pun tidak Piala Dunia ! Kenapa ? Rata rata manusia atas planet ni sedang bersama sama meraikan kejohanan yang diadakan 4 tahun sekali ni ! Amik tahu atau tidak , nak tak nak .. telinga kena dengar , mata kena layan walaupun seminit ! Heee..

Seperti biasa , tiap kali menjelang Piala Dunia .. pasti akan pelbagai kegilaan pada mereka yang meminati pasukan tertentu seperti memakai jersi pasukan , mewarnakan muka mereka sambil melepak kedai mamak dan paling best lagu berkisarkan kejohanan  tersebut !

Antaranya lagu untuk Piala Dunia Brazil kali ni ialah … lagu #gilabola oleh Joe Flizzow ni ! Dah pernah dengar ? Belum ? Jom layan music video #gilabola ni  dan nyanyi bersama di SINI 

Layan ? Ok.. jangan sekadar layan je ! Jom sertai kegilaan Piala Dunia ini di Football Mad Territory di instagram anda ! Ambik apa jua gambar berkaitan Piala Dunia yang sedang melanda dunia kini dan postkan ke Instagram .. jangan lupa hashtag #gilabola !

Jangan lupa untuk berkongsi kegilaan ini dengan rakan rakan anda ! Heee.. Leh tgk sapa lagi ‘gila’ Piala Dunia kali ni .. Heeee ..

You May Also Like

3 comments