Dapur Tanpa Sempadan...

Selasa, 3 Jun 2014

Perlu ke selfie sambil menyusu anak kecil ?

 

Wow ! Panjang tajuk ! Heeee.. Tajuk yang pastinya hangat ! Confirm hangat ! Dulu aku pernah persoalkan isu ni dan menjadi bualan di satu group FB .. Aku rasa mungkin mereka salah faham dengan niat aku mempersoalkan perbuatan tu ..

Isu yang aku bangkitkan adalah sangat simple.. Bergambar sambil menyusu anak kemudian upload ke media sosial atau masuk pertandingan ! Apakah ‘ok’ bagi anda atau sebaliknya ?

Aku up isu ni di FB .. Macam macam pendapat ada termasuklah rakan rakan lelaki memberi pandangan peribadi mereka ! Pandangan dari rakan lelaki ni sebenarnya penting.. Biar ibu ibu atau wanita wanita di luar sana tahu apa yang ada di kepala otak lelaki.. Bukan mudah nak ‘jinakkan’ lelaki terutama yang masih mentah ni.. Yang dah kawin dan punya anak , mungkin dah tak kisah.. tapi yang baru nak jadi dewasa ni .. Haaa ..

Lebih banyak buruk dari baik , kerana manusia mcm kita semua ni cepat sgt menghukum . Lagi satu takut punca rangsangan kepada kanak2 dan remaja lelaki . Memanglah menutup aurat . Tp lebih elok tidak melakukan “.

Kalau nak berselfie pastu simpan je dalam hp tu ( tapi kalau hilang hp tu ??? ) atau privatekan je gambar tu ,ok la kan . Tapi kalau nak masuk pertandingan tu… hurmm .. kena fikirkan semula laa.. Tapi kalau nak masuk gak , terpulang.. Aku tak paksa pon .. heee ..

Mungkin ada yang kata ini adalah tanda sokongan pada kempen menyusu ibu.. Erk , takkan takde cara lain kot ? Contoh ..

Haaa .. Aku support 200% wooo breastfeeding atau menyusu ibu sebab aku tau kelebihan dan kebaikannya ! Contoh Qhaliff tu dah la.. Dia demam , selsema masa kecil dulu .. doktor suruh kasi susu ibu jer !

Aku bukan anti perbuatan tu .. Dah tu apa masalahnya kan ? Aku tahu ada yg nak kata gitu.. Cuba dapatkan jawapannya di SINI .. Baca dan fahamkan maksud aku tu..

Ini je la aku mampu lakukan .. Kalau rasa pendapat aku ni salah atau aku mungkin kolot , tak pe la.. Teruskan saja usaha murni anda .. heee ..

Jangan marah atau melenting aaaa ..

12 komen :

Sya_Merpati Putih 88 berkata... [Reply to comment]

saya pun kurang bersetuju ibu2 berselfie sambil breastfeed bayi masing2...kurang sopan dan kurnag manis...

ada banyak cara lagi rasanya utk berkempen...


mungkin zaman sekarang nie zaman selfie...jadi semua benda pun nak selfie...

Mrs. Amad berkata... [Reply to comment]

sy masa mula2 menyusukan anak malu sgt.even tutup aurat n cover dgn shawl,sy still malu.masa pergi rumah embah,masa tu ramai org, anak sy dah melalak nak susu,sy plk terhegeh2 cari bilik kosong nak susukan die.skali embah sound "nak susukan anak pun malu?org dulu2 susukan anak tak kira tempat.dkt tepisungai, dekat pasar, tak malu pun. takde pulak org lelaki tengok mcm nak terkam.sbb lelaki sume dari kecik dah menyusu dgn ibunya.dah biasa dah,dah tak heran.org skrg dah xde yang menyusu susu ibu.sbb tu bila tgk org menyusu,lain yang difikirkannya"
sy pk2 blk, betulla.dulu menyusu ibu tu normal.skrg ni dah ramai ibu berkerjaya n xde masa nak susukan anak.jd perbuatan nmpk janggal.

eray ayang berkata... [Reply to comment]

selfie sambil menyusu samalah juga orang ambilkan gambar semasa susukan anak.
dua puluh sen saya, ok saja jika nak selfie sambil susukan anak, yang penting aurat terbela, lengkap bertutup.
tapi saya tak tahulah bagaimana orang lelaki (specifically) melihat gambar ibu yang sedang menyusukan bayi. hihihihihi.

Jie Susanos berkata... [Reply to comment]

emm xelok kot selfie smbil menyusu ni dan menjadi tetapan org ramai.nmpk mcm nk menunjuk2 lak..xpyah la buat..hihi

Khumaera Ismail aka Mariam Ismail berkata... [Reply to comment]

tak setuju apatah lagi yg join itu muslimah bertudung dan beragama islam.huhu

Suria Lekatlekitgurl berkata... [Reply to comment]

Maaf la saya memang tak rasa janggal benda2 camni.. nak berkempen banyak cara kita boleh sampaikan mesej tu.. tapi terpulang la. Ada yang rasa positif sangat semua jadi betul walau salah nak buat tu buat la.

cik violet berkata... [Reply to comment]

support breatfeeding. tp xyah la sampai upkan gambar tengah menyusu. tak sopan langsung. huhu

zuhayra iftifal berkata... [Reply to comment]

Terpulang la pada masing2. pandai2 la menjaga aurat. aurat bukan rambut je. Aurat itu aib, kene cover betul2.
Bagi diri saya, saya takkan buat macam tu.selfie dan tayang.. segannn wooooo
(saya sokong penyususan susu ibu!!)

sufii berkata... [Reply to comment]

Saya pun sokong penyusuan SI..tapi tak yahla nak selfie kot..memang tak sopan dan islam pun ajar kita pelihara aurat dan maruah dirikan..elaklah perkara yg boleh menjatuhkan maruah diri sdri..zmn skrg ni mcm2 orang ade..kita tak tau org tu pandangan dia cmne kan..

Farah Waheda Wahid berkata... [Reply to comment]

dah komen kat fb...he he he...takkan nak copy paste sini kot komen abang ben??? *_^

Hayati Osman berkata... [Reply to comment]

Bagi saya simple aje..Menyusukan anak perkara normal dan terpulang kepada individu itu sendiri kalau nak berselfie dlm keadaan begitu asalkn tak tayang buah dada sudahlah..Isunya di sini adalah lelaki yg berotak kotor dan tak dididik oleh org tua mereka utk menghormati wanita, apa saja yg dilihat semuanya nak dikaitkan dgn rangsangan seksual..Kalau macam ni lembu pun tak boleh menyusukan anak di tempat awam kerana dikhuatiri akan merangsang kaum lelaki..BTW saya sokong breatfeeding 100%, jgn ambil hati dgn komen saya..Peace..

Mama Sempoi berkata... [Reply to comment]

saya sdg nyusu anak ke-4. jangan kata nk berselfie, nak bg susu kat umum pun rasa segan. tak tau kenapa, tapi mmg malu...! rasa mcm smua org tgh tngok sdgkan kdg2 tu nyusu tempat yg dh betul2 tersorok/ suruh hubby ngan anak2 yg lain buat benteng kat depan.. hehe

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI