Dapur Tanpa Sempadan...

Sabtu, 21 Jun 2014

Salah ayahkah manjakan anak ?

 

Terbaca di timeline kawan kawan FB .. Ayah memaki hamun anak di Twitter dan ianya menjadi berita laris terutama di blog.. Hurm.. Kesian.. Mungkin ayahnya dah cukup malu dengan perbuatan anak perempuannya.. Dah terlewatkah untuk menegur atau mendidik ? Teringat aku pada cerita Anakku Sazali ..

Qhaliff.. Hurm.. Sejak kebelakangan ni , rajin gak kena marah ngan aku. Macam macam perangai pelik dia buat.. Kreatif ! Tapi merbahaya… Berkali tegur tapi dia tetap buat..

Nak biar , risau makan diri sendiri nanti ! Takut menyesal belakang hari .. Nak tak nak kena la ajar sikit supaya dia kenal erti takut. Aku tak nak spoilkan dia ..

Caranya ? Aku letak dia dalam bilik tidur … sorang sorang.. selama 10 saat ! Menangis meraung dia .. Aku bukak pintu dan dukung dia.. Pujuk dan bagitau dia kesalahan dia ..

Mungkin ada yang anggap aku keterlaluan tapi dia semakin pantas belajar dan buat macam macam ujikaji .. Ada yang merbahayakan dia sendiri ! Aku tak nak menyesal hanya kerana nak biar dia explore .. Sikit skit boleh laa..

Tak nak dia membesar terlebih manja.. Ayah mana tak sayang anak kan ? Risau nanti dia besar , dia salahkan aku kerana manjakan dia hingga dia dah tak boleh ditegur ! Hurmm …

6 komen :

Norlia Mohd Yusoff berkata... [Reply to comment]

Assalamualaikum dua org comel..allahhhh..comel sgt..tembun mcm ank buah acik..kalau dpt gigit pipi tu alangkah indahnya donia =D

Jie Susanos berkata... [Reply to comment]

emm,mungkin kena ajar slow2 kot..

Suria Lekatlekitgurl berkata... [Reply to comment]

Filem anakku sazali filem yang menunjukkan kesilapan membesarkan anak.. last sekali keluar ayat ni setelah bapak dia bagi sepenuh kasih sayang yang membabi buta.. Bapak yang bersalah dalam hal ni.. bapak membesarkan sazali dengan membabi buta sehingga sazali mampu bercakap bohong sama bapak.. so, sama2 kita jadikan pengajaran. Takde mak bapak tak sayang kan anak

PeRdU cINta berkata... [Reply to comment]

Dalam segala urusan mahupun tindakkan..besederhana lebih baik..

Khairun Amalina Idris berkata... [Reply to comment]

Cara kita sama...for me...kita ada hak nak marah anak..tapi ada pendekatan nya...it might be different bagi setiap anak tu...tpi main point is, make sure anak tu faham kenapa kita marah dia....masa explain tu usap dan peluk dia....in sha Allah ....just sharing, for me it works perfectly...

Khairun Amalina Idris berkata... [Reply to comment]

Cara kita sama...for me...kita ada hak nak marah anak..tapi ada pendekatan nya...it might be different bagi setiap anak tu...tpi main point is, make sure anak tu faham kenapa kita marah dia....masa explain tu usap dan peluk dia....in sha Allah ....just sharing, for me it works perfectly...

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI