Dapur Tanpa Sempadan...

Isnin, 21 Julai 2014

3 cerita dalam 1 ..

 

Cerita 1 : Miracle ApricotSeed untuk ubati kanser

Ada sekali tu aku up di Facebook mengenai keadaan ayah aku yang ada kanser lidah tahap 1 tu.. Dah buat pembedahan pon. Sekarang ni dok buat rawatan radiotherapy.

Seorang rakan di Facebook , mesej aku bertanyakan keadaan ayah aku dan offer Miracle ApricotSeed sebagai makanan tambahan. Katanya bagus untuk mereka ada kanser dan juga untuk cegah kanser.Malah untuk mereka yang ada luka dalaman pon bagus memakannya ..

Harga tertulis di kotak tu ialah RM60 kalau tak silap aku. Cara makan , sebiji kapsul sehari ..

Kalau nak tau dgn lebih lanjut , sila ke blog MiracleApricotSeed ni !

Terima kasih yer atas pemberian ni ..

 

Cerita 2 : Tak berkira !

Aidilfitri semakin hampir. Sibuk cari pakaian untuk anak anak.. Untuk diri sendiri , guna je apa yang ada dan juga rakan rakan dan butik yang sudi menaja.. Heee.. rezeki sbg blogger .

Seluar jeans.. Kalau zaman bujang dulu , sepasang dua Levi’s original mesti aku sambar kat butik dia ! Wajib tuuu .. Tapi sejak menikah secara sah di Kelantan , aku tak de dah nak beli seluar mahal mahal.. Beli yang biasa biasa jer .. Jimat sikit duit.. Heeee..

Dan sejak ada anak ni , aku jarang sangat nak beli. Kalau koyak , tampal jer .. Heee.. Guna selagi boleh.. Bukan kedekut atau tak mampu tapi rasa sayang je nak beli seluar yang semakin mahal ni .. Hurmm…

Nak dijadikan cerita , salah satu seluar kesayangan aku berjenama Camel ni telah kehilang butangnya. Tercabut akibat perut semakin membuncit kah ??? Hahahaha.. Entahhh …

Nak tak nak .. kena hantar ke tukang jahit untuk perbaiki .. Hurmm.. Tukang jahit yang  dalam kepala aku ialah jiran rumah mak aku di Cheras nun.. Uncle yang biasa dipanggil ‘ Apek’ tu adalah tukang jahit kegemaran sejak kecil lagi.. Baju melayu , mmg dia je yang jahit.. huhu ..

Maka semalam , aku ke rumah mak aku untuk berbuka puasa. Alang alang kat sana , terus gi naik tingkat 3 ( rumah pangsa ) dan ke rumah Uncle tu..

Sampai depan rumah dia .. kelihatan isterinya sedang duduk menonton tv ..

“ Auntie , uncle ada ? “ .

Terus dia panggil suaminya .. Apek tu datang dengan pantas ..

“ Uncle , repair ni boleh ? Butang je hilang.. “

" Tunggu sikijap aa.. Ini sikijap saja siap.. "

Tak sampai 5 minit .

"Ok.. Siap.. ".

"Berapa uncle.. ". Aku keluarkan RM10.

"Tak payah laa.. Sikit saja.. ".

Wah.. Rezeki aku.. Huhu..Terharu aku sekejap.. Heeee…

" Terima kasih uncle.. ".

Tadaaa.. siap ! Ada dah seluar raya ..

Hidup ni , jangan terlalu berkira.. Walaupun kecil hadiah kita pada orang lain , ianya mampu memberikan sinar kebahagian pada orang tersebut ..

 

Cerita 3 : Sampul Raya Santai Ben Ashaari

Heee.. Terhad ! Tak keluar banyak. Direka khas oleh rakan dunia maya aku.. Hehehehe..InshaAllah bakal bergelar artis AF gitu.. hahaha…

Asalnya dia mintak aku promote di Instagram. Untuk promote , biasanya aku charge la.. Tapi katanya bajet tak cukup , maka aku ‘hadiah’ je la kat dia.. Dan tak sangka dia ‘hadiah’kan sampul ni pada aku.. Hehehe.. InshaAllah minggu ni dapat laa ..

Belum pun dapat , dah ramai mintak sampul ni ! Tak de isi pun tak pe laa.. Janji nak sampul ni.. Hahaha… Pulak …

3 komen :

yaya_flanella berkata... [Reply to comment]

Belum kahwin pun yaya malas nak shopping mahal mahal. Barang sekarang semua mahai mahai. huhu

Aben memang rapat dengan cina tu ea.. dia pun segan nak minta upah..hee bagusnya..

Nak sampul duit raya tu jugak boleh? nak satu nak simpan. Rare tuu! hehe :p

Jie Susanos berkata... [Reply to comment]

bguskan apek tu..tak berkira..

Cik Asma BLuppy berkata... [Reply to comment]

cantikk nya sampul duet raya tu. nak jugakk

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI