Anak yatim ajak aku ‘bergaduh’ !

 

Alhamdulillah.. Apa yang aku 'risaukan’ , dah pon berlalu dengan jayanya ! Terima kasih team KELAB BLOGGER BEN ASHAARI yang menyokong dari mula hinggalah tamatnya program Titian Serasa Ramadhan anjuran Yeo’s Malaysia.

 

Satu kenangan yang takkan aku lupa.. Oh ya , nanti aku cerita pasal pengalaman seharian aku bersama rakan rakan sukarelawan yang menyertai program ni..

Untuk entri ni , aku nak ceritakan gelagat budak budak lelaki penghuni asrama anak yatim yang aku pergi ni .. Hahaha .. Melucukan jer.. Tapi kasihan pon ada .. Hurm..

Kenapa lucu ? Kenapa kasihan ? Bayangkan mereka teruja tengok aku ! Siap ada sorang adik tu tegur.. Tak  tahan agaknya mulut dia nak bersuara..

“ Abang.. Abang taff eh ? “.

Aku dah tau sebenarnya apa yang buat mereka teruja gitu. Dulu masa aku mengajar kat sekolah rendah pon , gitu gak anak anak murid aku. Hahahaha .. Adehh..

Di satu sudut yang menempatkan penghuni senior .. mereka memandang aku semacam jer.. Pastu salah seorang bersuara .. Nak ajak aku lawan gusti lengan ! Geram kot tengok muscle aku ! Hahahaha.. Muscle dah kecut dah.. Sebulan tak workout ! Heeee..

Aku ketawa je la.. Dan bila program di situ dah abis, semua penghuni dan sukarelawan berkumpul .. impian adik adik tu tercapai !

Bersungguh-sungguh la dia nak kalahkan aku. Kawan kawan dia pon ada yang memberi sokongan dan ada juga yang membakar bagi kalah ! Hahahahha …

Setelah dia bersungguh sungguh berusaha untuk mengalahkan aku , akhirnya aku pun ‘kalah’ … Dia macam tak percaya.. Aku senyum jer..  Tau perasaan dia ..

Seronok melayan anak yatim ni ..

7 ulasan:

  1. its nice, I wanted join but already have family plan for today.

    well done!

    BalasPadam
  2. hehe .. best nyaa ~ nak join , tapi jaohh nk dari kota bharu nak ke sana .. >_<

    BalasPadam
  3. sangat besar ganjarannya membantu mereka yg tidak bernasib baik...semoga usaha mulia yang geng Ben Ashaari lakukan menjadi ikutan yg lain, InshaAllah

    BalasPadam
  4. Abg.. Abg Taff ye?? Hehehehehhehehe.... seronok la hai dapat pergi ke rumah anak anak yatim...^_^

    BalasPadam
  5. Mereka gembira kita pun turut gembira....rasa lapang jiwa bila dapat layan anak2 yatim dan orang tua yang tinggal kat rumah orang tua...

    BalasPadam
  6. Bagus Ben dapat menggembirakan anak2 yatim

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009