Bermain sambil belajar di DISCOVERIA

by - Selasa, Julai 22, 2014

 

Seharian aku hilang eh ? Hahaha.. Biasa la. bizi dengan ‘kerja’ dan keluarga.. Ok , cerita terus je la eh ? Sebenarnya aku dapat jemputan untuk buat review kat DISCOVERIA di AVENUE K ni .. Serius , aku tak tau apa apa pasal DISCOVERIA ni .. Aku google dan .. hurmm .. Aku terima pelawaan mereka..

Maka , hari ni .. aku sekeluarga dan juga anak anak buah aku ke Avenue K yang terletak di hadapan KLCC.. Ok la kan ? Tak jauh mana pon.. Betul betul kat tengah kotaraya.. senang nak gi..

Sampai je kat Avenue K ni , cari parking.. masuk ikut belakang bangunan. Pastu naik lif terus ke tingkat 4 ! Tadaaaa.. sampaaiii !!!

Harga tiket ? Hurmm…

Mahal kah ? Mungkin nampak mahal tapi bila aku cerita apa yang menariknya di dalam ni , pasti korang kata ianya berbaloi !! Hehehehe ..

Bila dah masuk ke dalam Discoveria ni , kita akan dikehendaki pakai peralatan yang diberikan mereka antaranya wreistband ( untuk scan ) , vest dan headlight .. Memang nampak cool laa ! Heeee ..

Sedikit penerangan dan kemudiannya bergambar kenangan !

Terlupa aku nak beli gambar ni.. ni aku snap kat tv dia jer .. huhu … Siap bergambar ! Masa untuk menerokai alam dinasour ! Qhaliff , dah mengelabah ! Dengar suara suara dinasour yang kuat ! Zahra , lena tidur ..

Pastinya , yang akan benar benar bergembira di dalam ni adalah anak anak kecil yang tertarik dengan cara penyampaian dan juga permainan menerokai Discoveria ni !

Aku tak nak cerita apa yang perlu dibuat dalam ni.. Nanti tak feel dah korang ! Hehehehe ..

Dinasour dalam ni , semua ‘bergerak’ tau.. Bukan ‘keras’ jeer ! Haaaa..

Antara aktiviti dalam ni ialah … lumba lari !

Ok , aku pun enjoy gak.. Walaupun dapat menembak sekejap , sekurangnya dalam lepaskan gian aku yang dah lama tak berpaint ball ! Heeee..

Boleh layan wall climbing gak budak budak ni ..

Boleh cari tulang dinasour gak wooo ! Hahahaha .. Syok Qhaliff…

Pastu gi main bola gunung berapi ! Heeee .. Qhaliff takut memula nak masuk .. tapi lama lamaaaa , dia masuk join gak ..

Sebelum keluar .. boleh mewarna.. Ada pertandingan lagi ! Hadiah ? Hehehe.. Hadiah utama tak silap aku RM250 ! Heeeee…

Zahra pun berjaya abiskan eksplorasinya ! Hehehehe ..

Bagi anak anak yang berfikir tanpa henti dan gemarkan sesuatu yang kelainan , Discoveria Avenue K ni amat sesuai ! Sila segera pergi sebelum Februari 2015. Lepas pada tu , ianya akan berubah.. Tak tau apa konsep lak.. tapi tetap Dinasour !

Cuti raya yang panjang nanti pon , leh je bawak anak anak buah yang dah kekenyangan dengan kuih raya ke sini.. Duit raya pun banyak tu.. Dari beli mainan atau membazir , baik bagi mereka sesuatu kenangan yang boleh diceritakan nanti bila kembali ke sekolah !

Untuk maklumat lebih lanjut , sila layari discoveria.com.my

You May Also Like

2 comments

  1. Wah, bestnya. Walaupun kami yang xda anak ni pun teruja nak pergi. Harga tiket berbaloi begini kalau banyak aktiviti di dalamnya.

    BalasPadam
  2. Salam. Bestnya. Thanks abg ben sbb bagitau. kalau tak mmg tak pernah dengar. harga tiket pun tak mahal.

    BalasPadam