Bila entri blog dicetak rompak !

 

Hurmm … nak buat blog tapi guna entri orang ? Dari awal hingga terkini , segalanya copy paste tanpa beri kredit atau backlink ? Eh , ok ke ? Pastu pasang banner ? Jana pendapatan dari situ.. Wow !

Ada orang tak kisah dengan berperangai gitu.. Selagi mana memberi pulangan yang lumayan , dia tak amik peduli soal berkat , halal haram ! Asal dapat duit dah !

Hurmm… Kesian pada blogger yang terlibat tu.. Aku tau , payahnya nak menulis sebuah artikal yang berkualiti dan berinfomasi. Kemudian diambil bulat bulat dan buat seperti hak sendiri ! Iskh iskhhhh… Serupa lanun dah gitu !

Sungguh tidak molek laa  berperangai gitu ! Ingatlah , kita mungkin lepas hari ni.. lepas di dunia .. tapi di akhirat ? Jenuh nak menjawab.. Kalau nak amik bulat bulat , mintaklah izin ..

Kalau malas mintak izin , buatlah rumusan ke.. kesimpulan ke.. Atau amik sebahagian info dan berikan kredit.. Maksud kredit tu , dari mana sumber kita amik .. Biar sahih skit ..

Zaman ni , ramai nak jadi blogger .. tapi diorang sendiri tak tau apa tujuan mereka jadi blogger dan apa itu blogger ! Hurm..

10 ulasan:

  1. Semalam ada baca ..seorang rakan blogger TERKENA .. Huhuhu sedih jugak bila dgr sebab kita karang kemain lagi tetiber DIROMPAK camtu jer ..

    BalasPadam
  2. lebih baik jadik pirates of the caribbean. dah tentu2 kat laut nun! isk3..

    BalasPadam
  3. Setuju dengan kata kata abg ben! Sekurang kurangnya minta izin la dulu, tak pun kreditkan ke. Hurmmm

    BalasPadam
  4. Sadis... Ingt sng ke nk wat entry ikhlas dr hati???? Iskhhhh!!!

    BalasPadam
  5. saya pernah kena mcm tu jugak abg ben...

    BalasPadam
  6. kita jangan iktiraf mereka tu blogger kita panggil geng bolot jer boleh

    BalasPadam
  7. takbagus betul..kalau ye pun kreditlaa

    BalasPadam
  8. Jadilah blogger yang asli..biarpun tak begitu dikenali..tak memenangi apa apa trofi..tapi berdiri atas idea sendiri..di dunia kita tanggung..di akhirat kita jawab..

    BalasPadam
  9. satu komen yang bagus utk semua blogger....kalau nak ambil n3 blog lain utk kita share biarlah berhemah spt kata En Ben kreditkan utk pemilik asal n3

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009