Bila MH17 ditembak jatuh !

by - Jumaat, Julai 18, 2014

 

Terkejut ! Terus bukak AWANI 501 untuk dapatkan maklumat terkini ..295 orang di dalam pesawat MH17 dari Amsterdam ke Kuala Lumpur , dikatakan ditembak jatuh  di ruang udara Ukraine dengan menggunakan peluru berpandu Buk, sejenis peluru berpandu darat ke udara oleh pengganas. 280 penumpang dan 15 kru. Kesemua penumpang terkoban !

Allahu Akhbar ! Tak percaya aku !! Macam salah satu adegan dalam filem Hollywood ! Yelah.. yang MH370 tak de berita lagi.. Ditambah lagi satu lagi insiden gini haa .. Aduh !

Dan tadi , bukak berita .. Nak tau disahkan atau tidak berita tersebut.. Hurm… Perdana Menteri buat pengumunan secara rasmi dah .. 20 orang rakyat Malaysia. Paling ramai , rakyat Belanda..

Malaysian Airlines Plane MH 17 shot down off Ukraine Border – 295 feared dead.

Antara gambar yang berjaya aku google .. Hurmm.. Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un. Semoga Allah rahmati roh saudara kita yang terkorban..

Hurm.. mimpi kah ? Satu lagi malapetaka buat negara.

You May Also Like

9 comments

  1. Semoga keluarga mangsa tabah menerima dugaan ini ...Al Fatihah

    BalasPadam
  2. Sesuatu yg kita pelajari tentang kehilangan dan yang ditinggalkan adalah kekuasan Allah dalam setiap perjalanan hidup kita. Alfatihah

    BalasPadam
  3. al fatihah untyk mereka yg telah pergi

    BalasPadam
  4. Terkedu bila terima berita ini, menggigil sepanjang malam tak dapat melelapkan mata.

    Janji Allah itu pasti...

    BalasPadam
  5. Assalamualaikum.. Allahurabbi.. sedih baca berita tentang ni. semoga ahli keluarga mangsa tabah menerima pemergian org tersayang. Al-Fatihah

    BalasPadam
  6. Al-fatihah..semoga mereka ditempatkan di kalangan org2 yang beriman...takziah buat keluarga mangsa..semoga tabah menghadapi ujian ini...

    Pengedar Shaklee Terbesar Di Kuching Dengan READY STOCK

    BalasPadam
  7. MasyaAllah..terkedu..tapi inilah qada qadar Allah..pedih untuk diterima..

    BalasPadam
  8. Memang sangat sedih dengan berita ni.. MAS lagi.. Malaysia lagi.. :(
    Semoga ada kebaikan disebalik ujian..

    BalasPadam