Dapur Tanpa Sempadan...

Jumaat, 4 Julai 2014

Bila REVIEW PRODUK !

 

“ Ben , boleh tak awak review produk saya ? Saya ada menjual.. bla bla bla .. “ .

 

“ Boleh .. Produk apa tu yer ? “ .

 

“ Makanan.. Nanti saya pos dan awak cuba laa .. Nanti awak cerita la kat blog awak .. “ .

 

5 tahun dulu , ok la.. Aku seronok la sebab dapat kepercayaan peniaga online ni .. Tapi sekarang aku lagi seronok ! Cuma yang tak seronoknya , ada yang fikir memadai dengan memberikan produk pada aku ! Tanpa bayaran !!

Erk .. Kalau produk tu memberi kesan negatif pada aku camana ? Contoh sakit perut atau alahan ? Sapa nak bertanggungjawab ? Haaa .. haaa .. tak tauuu ! Salah sendiri la kan ! Sapa suruh terima tanpa bertanya macam macam !

Bila mintak bayaran ? Ada yang kata blogger ni nak demand la pulak ! Olooooo .. Sampai gitu sekali ! Dah bagi produk , mintak pulak bayaran !

Gini laa yer .. Cuba fikir .. Blogger kena dapatkan kepercayaan pembacanya bila review produk ni ! Nak kena cerita ibarat menarik tepung dalam rambut..Eh ,salah.. menarik rambut dalam tepung .. Nak kena jaga hati dua dua pihak ! Takkan la nak aku tulis gini ..

 

“ Terus terang aku kata . produk ni sampah ! Sangatlah tidak sedap dan meloyakan ! Sila jangan beli .. “ .

 

Perghhhh.. Kena saman kau nanti , Jah !! Hahahaha.. Jangan cari pasal review gitu !!

Tapi memang tak sedap pon ! Dah tu nak kata apa kan ? Kena la jujur kan ?

Hurm.. Kalau aku kan ..

 

“ Puan , saya terus terang ni .. Saya rasa tak boleh tulis pasal produk ni ..Sebabnya tak sedap. Saya terus terang ni. Kalau saya tulis sedap , pembaca saya membelinya . Bila mereka makan , saya akan hilang kepercayaan mereka . Apa saja yang saya cerita , mereka tak mempercayainya.. Haaa.. Saya untung skit tapi rugi banyak ! Camana tu ? “.

 

Atau kalau dia nak jugak cerita , aku akan mintak dia tulis sendiri artikal tu dan aku cuma upload di blog ! Pembaca blog aku tahu mana satu aku punya cerita dan mana satu iklan. Dari situ mereka membuat keputusan sendiri.

Bukan mudah nak dapatkan kepercayaan pembaca ni. Pengiklan kena la ‘berhati perut’ . Ingat mudah ke nak dapatkan pembaca setia ni apatah lagi blog yang tidak melibatkan SEO.. Cerita pasal jari pun orang baca dan komen ! Haaaa .. Bukan jari Felixia aka Rania tau ! Jari blogger tu sendiri !!

Ini salah satu punca pendapatan blogger jugak .. Ada yang mintak murah .. ada yang sederhana ada yang gaji sebulan aku dulu pun ada ! Haaaa ..

Tak mudah nak review produk ni ! Kita salah cerita , atau kita menipu .. siap laaa ! Kena cerita yang benar !

11 komen :

Nadia Johari berkata... [Reply to comment]

Tu la kan...bukan senang jadi blogger

Atikah Sismoon berkata... [Reply to comment]

satu pelajaran baru untuk ika... hhmmm nice info... =)

Hidayah berkata... [Reply to comment]

Puas hati iklan dengan blog abang ben.. :) tq

Amalina Hussain berkata... [Reply to comment]

betul tu ben..

Sally Samsaiman berkata... [Reply to comment]

Hmmm...betul sgt tu abg Ben...mmg la kadang blogger picisan je..Tp kena jugak la ada idea nak menaip kan...bukan kita copy paste je..

salmiah awang berkata... [Reply to comment]

iye jugak kan? tak terfikir lagi fasal ni sebab saya belum pernah beriklan selain nuffnang.

Ahmad Fauzi Aryaan (A.F.A) berkata... [Reply to comment]

Nice info.. cm nak buat entri utk topik yang same laaa bro. Bole pinjam yee point dlm entri ni.

TQ

Ahmad Fauzi Aryaan (A.F.A) berkata... [Reply to comment]

Nice info.. cm nak buat entri utk topik yang same laaa bro. Bole pinjam yee point dlm entri ni.

TQ

Nora Karim berkata... [Reply to comment]

Ilmu baru... xboleh nak komen blum ada experience... heheh

therylisa nurul ain berkata... [Reply to comment]

Bukan senang jadi blogger.. hehe tu yg mahal.. kepercayaan tu lagi lah mahal. Bak kata.. 1 keburukan org ingt smpai bila2.

Maria Hasun berkata... [Reply to comment]

betul tu abg ben :)

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI