Bila REVIEW PRODUK !

by - Jumaat, Julai 04, 2014

 

“ Ben , boleh tak awak review produk saya ? Saya ada menjual.. bla bla bla .. “ .

 

“ Boleh .. Produk apa tu yer ? “ .

 

“ Makanan.. Nanti saya pos dan awak cuba laa .. Nanti awak cerita la kat blog awak .. “ .

 

5 tahun dulu , ok la.. Aku seronok la sebab dapat kepercayaan peniaga online ni .. Tapi sekarang aku lagi seronok ! Cuma yang tak seronoknya , ada yang fikir memadai dengan memberikan produk pada aku ! Tanpa bayaran !!

Erk .. Kalau produk tu memberi kesan negatif pada aku camana ? Contoh sakit perut atau alahan ? Sapa nak bertanggungjawab ? Haaa .. haaa .. tak tauuu ! Salah sendiri la kan ! Sapa suruh terima tanpa bertanya macam macam !

Bila mintak bayaran ? Ada yang kata blogger ni nak demand la pulak ! Olooooo .. Sampai gitu sekali ! Dah bagi produk , mintak pulak bayaran !

Gini laa yer .. Cuba fikir .. Blogger kena dapatkan kepercayaan pembacanya bila review produk ni ! Nak kena cerita ibarat menarik tepung dalam rambut..Eh ,salah.. menarik rambut dalam tepung .. Nak kena jaga hati dua dua pihak ! Takkan la nak aku tulis gini ..

 

“ Terus terang aku kata . produk ni sampah ! Sangatlah tidak sedap dan meloyakan ! Sila jangan beli .. “ .

 

Perghhhh.. Kena saman kau nanti , Jah !! Hahahaha.. Jangan cari pasal review gitu !!

Tapi memang tak sedap pon ! Dah tu nak kata apa kan ? Kena la jujur kan ?

Hurm.. Kalau aku kan ..

 

“ Puan , saya terus terang ni .. Saya rasa tak boleh tulis pasal produk ni ..Sebabnya tak sedap. Saya terus terang ni. Kalau saya tulis sedap , pembaca saya membelinya . Bila mereka makan , saya akan hilang kepercayaan mereka . Apa saja yang saya cerita , mereka tak mempercayainya.. Haaa.. Saya untung skit tapi rugi banyak ! Camana tu ? “.

 

Atau kalau dia nak jugak cerita , aku akan mintak dia tulis sendiri artikal tu dan aku cuma upload di blog ! Pembaca blog aku tahu mana satu aku punya cerita dan mana satu iklan. Dari situ mereka membuat keputusan sendiri.

Bukan mudah nak dapatkan kepercayaan pembaca ni. Pengiklan kena la ‘berhati perut’ . Ingat mudah ke nak dapatkan pembaca setia ni apatah lagi blog yang tidak melibatkan SEO.. Cerita pasal jari pun orang baca dan komen ! Haaaa .. Bukan jari Felixia aka Rania tau ! Jari blogger tu sendiri !!

Ini salah satu punca pendapatan blogger jugak .. Ada yang mintak murah .. ada yang sederhana ada yang gaji sebulan aku dulu pun ada ! Haaaa ..

Tak mudah nak review produk ni ! Kita salah cerita , atau kita menipu .. siap laaa ! Kena cerita yang benar !

You May Also Like

11 comments

  1. Tu la kan...bukan senang jadi blogger

    BalasPadam
  2. satu pelajaran baru untuk ika... hhmmm nice info... =)

    BalasPadam
  3. Puas hati iklan dengan blog abang ben.. :) tq

    BalasPadam
  4. Hmmm...betul sgt tu abg Ben...mmg la kadang blogger picisan je..Tp kena jugak la ada idea nak menaip kan...bukan kita copy paste je..

    BalasPadam
  5. iye jugak kan? tak terfikir lagi fasal ni sebab saya belum pernah beriklan selain nuffnang.

    BalasPadam
  6. Nice info.. cm nak buat entri utk topik yang same laaa bro. Bole pinjam yee point dlm entri ni.

    TQ

    BalasPadam
  7. Nice info.. cm nak buat entri utk topik yang same laaa bro. Bole pinjam yee point dlm entri ni.

    TQ

    BalasPadam
  8. Ilmu baru... xboleh nak komen blum ada experience... heheh

    BalasPadam
  9. Bukan senang jadi blogger.. hehe tu yg mahal.. kepercayaan tu lagi lah mahal. Bak kata.. 1 keburukan org ingt smpai bila2.

    BalasPadam