Bila tayar keretaku pecah…

by - Jumaat, Julai 18, 2014

 

Sedang berborak dengan wife , tiba-tiba terdengar bunyi sesuatu seperti mengenai kereta aku. Aku mengeluh panjang ..

“ Apa pulak kena kat kereta kali ni.. “. Getus hati aku. Kereta aku ni , dah ada cop mohor dah.. Entah dari mana kena pon aku tak pasti ! Letih dah nak jaga bahagian luaran ni.. Bahagian dalaman , kalau di bersihkan , tak lama kemudian .. selamat dikotorkan kembali dek Qhaliff.. Redha jer la..

Tak sampai 100 meter , tiba tiba kereta aku bergegar ! Nasib baik aku pandu perlahan jer.. Kalau laju , rasanya boleh terbabas gakk .. Hurmmm..

Aku syak tayar kereta aku pecah.. Aku terus cari tempat untuk berhenti yang selamat .. Hanya tinggal lebih kurang 300 meter je nak sampai kawasan perumahan aku.

Nasib baik laaa  tayar tu pecah pada waktu siang.. Kalau kena malam ? Pergh… mengagau aku nak tukar sengsorang .. ditambah lagi dengan anak kecil dalam kereta !

Terkejut gak aku tengok tayar kereta aku. Nak kata aku langgar lubang , rasanya takde la pulak.. Aku syak cuaca yang panas terik ari ni ditambah lagi dengan tayar kereta yang mungkin dah patut ditukar ( dah guna hampir 60 ribu km dalam masa setahun ) menyebabkan dia pecah gitu.. Hurmm ..

Memula tu aku agak terpinga pinga nak buat apa.. Maklumlah , tak pernah berlaku.. Wife serta anak anak dalam kereta .. Aku bukak tingkap dan matikan enjin.. Gi ke belakang kereta , tengok tayar spare .. Lengkap ! Nasib baik aku rajin service kereta .. Huhu ..

Keluarkan segala peralatan dan tayar simpanan.. Turunkan stroller Qhaliff yang besar tu dan letakkan berjauhan di belakang kereta.. Sebagai tanda amaran ..

Aku mulakan kerja .. Tengok jam.. Dah hampir jam 5 petang. Tapi matahari masih memancar dgn teriknya .. Aku pandang di seberang jalan.. Ada car wash dan restoran .. Mereka hanya memandang dari jauh.. Heee.. Biasa la tu .. Hanya mampu menolong dari jauh jer.. Tak pe laa…

Aku pasang jet.. terkial kial gak memula tu.. Akhirnya dah dapat ‘step’ , barulah kerja aku berjalan dengan lancar.. Dan berjaya juga tukar tayar..

Nak dijadikan cerita , aku tunggu juga kot kot ada orang nak berenti tanya atau hulurkan bantuan ! Pergh… Di jalan gitu , kereta semua menderu jer .. Senyum je la aku.. Nak balik memasak kat rumah kot..

Tiba-tiba ada motor berhenti sebelah aku ..

“ Tayar pecah ke bang ? Ok ke ? “ . Lelaki melayu tu tanya ..

“ Ok dah..  “ Aku balas dengan senyuman dan tunjuk ‘thumb up ‘ pada dia . Masih ada lagi orang yang prihatin ..

Selesai tukar tayar , aku terus balik ke rumah. Hantar diorang , solat dan keluar semula .. Terus gi kedai tayar .. Nasib baik tak tutup lagi.. Aku mencari kedai tayar yang sesuai ..

Akhirnya jumpa satu kedai ni.. Memula dia kata , tayar yang aku guna tu , takde .. Nak kena order atau dia suruh aku ke satu tempat X yang mana ada banyak jual tayar yang aku guna tu..

Aku mintak dia tolong ketatkan lagi nut tayar kereta aku tu. Risau tercabut pulak nanti bila memandu.. Dia pun gi amik pam angin. Kemudian aku pun bertanya pasal tayar..

Hurm… Malas la pulak aku nak memandu jauh dengan tayar spare tu .. Aku tanya dia , tanya apa yang ada di kedai dia tu.. Ada dua jenis katanya ..  Dan dia syorkan Good Year ..

Aku tanya macam macam pasal tayar tu.. Dan dia pon menjawab dengan sabarnya.. Aku kan buta pasal kenderaan ni .. Heeee.. Setelah puashati dengan penjelasannya , aku pun bersetuju nak tukar ke empat empat tayar kereta aku tu..

Kenapa kena tukar kesemua ? PErghhh.. Dah teruk gak tayar aku tu.. Heavy duty wooo.. Hari hari bergerak dengan kereta tu.. Jarak pun jauh.. Dan pasni nak balik ke Kelantan.. Dengan jalan jammed lagi.. Ada baiknya aku tukar jer..

Lagi pun , servis kereta akan datang pon si Tan Chong Motor akan mintak aku tukar tayar gak.. Baik aku tukar dulu.. kang kat sana , sah sah kena mahal punya ! Dan pastinya aku akan angguk je laa… Huhuh.. Malas nak ‘susah ‘ kata orang .. hahahah ..

Hurmm… Terbang RM800 hari ni .. tapi tak pe la.. Asalkan nanti balik ke kampung , takde masalah dah laaa.. InshaAllah .. Duit leh cari kan ? Yang penting kena pastikan segalanya dalam keadaan selamat ..

Selepas settle urusan aku , Alhamdulillah .. rezeki masuk.. Ganti duit yang keluar tu.. huhu ..

You May Also Like

7 comments

  1. ada hikmah di sebalik kejadian ni... sabar...

    BalasPadam
  2. tayar lebih 2 tahun mmg kena tukar sbb dah expired.. tayar jadi keras

    BalasPadam
  3. kualiti tayar skrg ni makin teruk..padanla dgn harganya...kena selalu check, tayar baru tak jamin tak pecah cuma kita rasa lbh yakin memandu jln jaraj jauh.

    BalasPadam
  4. Harape lps ni takde masalah lg bila dah tkar baru...

    BalasPadam
  5. Ben... tayar lama brand continental tu mahal biasanya kereta mahal jer yg guna tayar tu...but brand good year pun dah kira ok sebab ia buatan Malaysia dan berkualiti baik serta sesuai digunakan dengan cuaca di sini....

    BalasPadam
  6. Nak cari tayar? Cuba website http://mytayar.com

    Ada 20 kedai di kawasan Lembah Klang yang feed harga kat website. Harga yang dipaparkan dah masuk balancing dan valve. Free alignment kalau beli 4 tayar.

    Confirm tak kena tipu dengan kedai sebab semua terms + conditions dah dijelaskan di website.

    Anda hanya perlu masukkan spec tayar terus ke website. Website akan menunjukkan info mengenai offer dari Network Workshops kami. Anda boleh pilih apa yang penting untuk anda samada harga, lokasi, jenama atau model tayar.

    Website akan pantau kedai supaya mereka tak menipu customer website. Anda hanya perlu bayar 5% deposit online. Lepas tu website akan hantar email info mana nak pergi. Balance 95% bayar terus kat kedai.

    Nak cari bateri dan package service kereta pun ada...

    Terima kasih tuan tanah.

    BalasPadam