Dapur Tanpa Sempadan...

Selasa, 8 Julai 2014

Car seat dan stroller untuk anak ku !

 

Hurmm… Lama dah nak plan beli satu stroller yang bersize kecil untuk Qhaliff dan car seat untuk Zahra , persediaan untuk berjalan jauh selepas ini !

Destinasi nak gi membeli barang yang diperlukan ialah Jusco Maluri .. Ke dah dipanggil Aeon skang ni ? Hurmm.. Tak kisah laa .. Nak gi sana sebab aku ada baucer RM100 yang dimenangi baru baru ni dalam cabutan bertuah ! Semakin bernasib baik aku skang ni.. Alhamdulilah.. Rajin rajin la solat Dhuha yer.. hee..

Dalam kereta , Qhaliff yang tak nak makan nasi sejak pagi ni .. angkut sebalang keropok goreng mak aku punya .. ke dalam kereta ! Nak makan dalam kereta ! Pergh.. kereta , baru basuh lak tuuuu .. Redha je laa ..

Dalam kereta ..

Dia lena , dari 5 minit selepas diletakkan di dalam kereta !  Hingga sampai Jusco dan shopping sedikit barang dia dan adik dia.. Dan kembali ke dalam kereta .. Hingga sampai rumah semula , baru dia jaga !

Sewaktu dia tidur .. mak bapak dia , belikan dia satu stroller dan terus letak di dlm tu.. Sakit belikat aku dok dukung dia yang sedang lena tidur tu..

Dua dua jenama Sweet Cherry.. Tak la mahal mana pon.. Kalau tengok di Alamanda , mmg telan air liur gak la harganya.. Huhuh.. Kat sini , terus sambar jer.. Tak yah pikir panjang. Nak datang , setahun sekali. Aku bukan gemar nak gi Aeon Jusco ni. Jalan jammed koooo … huhu ..

Test power Zahra dalam tu sewaktu berbuka di rumah mak aku. Suka dia ! Mau tak sukaaa.. barang baru koooo.

1 komen :

umi's cup cake berkata... [Reply to comment]

Salam abg ben..harga kat aeon tu berapa? tu car seat dan boleh jadi rocker sekali ya?

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI