Dedahkan Qhaliff !

by - Isnin, Julai 14, 2014

 

Hari ni berbuka lagi di Cheras .. Perancangannya ada kerja nak diuruskan di sana tapi terpaksa ditunda atas sebab sebab tertentu. Tapi berbuka tetap berbuka.. Dah beli Kenny Rogers untuk keluarga aku.. hehehe .. Belanja diorang pulak ..

Dan pastinya , sepupu Qhaliff antara mereka yang gembira bila nampak muka aku kat situ . Kenapa ? Mereka boleh keluar bermain bola di padang dan Qhaliff pon akan turun sama bermain..

Seronok dia dapat main atas padang ni.. Puas berlari.. Satu perkembangan yang sihat bagi aku selain dia berusaha berkomunikasi dengan budak budak lelaki lain yang bermain bola di padang yang sama.. Cuma , Qhaliff cakap jerman dan yang lain garu kepala jer ! Huhuhu..

Tak kisah laa… Asalkan dia berlari .. bermain .. gembira .. berkomunikasi dan berpeluh.. Hehehe… Takde la nampak muka stress jer kat rumah .. Huhuh..

Cuma plan aku nak kasi dia penat dan tidur awal tu , tak menjadi.. Jangan mimpi la kat rumah dia akan tidur lena ! Dalam kereta , dia dah recharge tenaga dia .. Maka kat rumah , dia bertenaga penuh.. Kul 1 lebi baru tidur !

You May Also Like

2 comments