Dua dua kerjakan dua dua !

 

Photo: Yeayyyy..  

Daddy byk work ni.. Nk cari duit ayer..

Adeh.. Qhaliff dan Zahra berpakat kenakan mak bapak dia ! Bila si kecik tidur , si besar jaga dan buat bising ! Bila si besar tidur , si kecik jaga dan mintak didodoi.. Selagi tak dodoi , selagi tu laaaa dia merengek ! Kesannya ? Abang dia pon terjaga ..

Dua dua jaga , daddy lak tidur ? Takde maknaaaaa ! Nak tidur ? Barulaah si besar tu dok memanjat badan aku ! Atau paling tidak pon , dia kejutkan aku .. Nak lagi brutal , dia tampar je muka aku ! Huhhh… Terkejut panda aku dibuatnya !

Pisahkan mereka ! Wife bawak Qhaliff ke dapur.. Dan aku main dengan Zahra .. Kasi penat , pastu tidurkan dia .. Berkesan sehinggalah hampir masuk waktu berbuka , Qhaliff bagi ibunya kerja tambahan .. Dia jatuhkan pes tom yam yang baru ibunya buat tengahari tadi ! Huhhhhh..

Secara tidak langsung , aku jugak terlibat juga ! Kena mop selepas berbuka ! Huhhhhh.. Aku pandang muka Qhaliff.. Tenang je dia .. Gi sambung kacau adik dia kat ruang tamu !

Patutlah bapak aku dulu misai senantiasa bergerak gerak ! Tahan geram rupanya.. Heeee..

4 ulasan:

  1. owh macam tu rupanya bapak kita geram kat anak2 dulu...untung bapak aku tak ada misai melintang....kesannya anak aku la ni pon tak perasan bila aku Grrr kat depa ..haha

    BalasPadam
  2. Semakin bijak qhaliff erk..hahhahaha

    BalasPadam
  3. ya Allah qhaliff..sabar jelaa..:p mau kalau ibubapa yg tak tahan nih, kesian budak..

    BalasPadam
  4. baca macam comel je telatah 2 org nie.. kalau real mau pengsan heheh

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009