Dugaan di malam hari !

 

Semalam , selepas subuh .. aku terus bersiap untuk ke SACC untuk program sukarelawan tu.. Di sana , mmg tak dapat duduk rileks la.. Memang bergerak je memanjang.. Ditambah lagi dengan keadaan perut yang sangat tidak selesa tu.. Hurmm .

Program habis, aku terus balik rumah.. Tak berbuka bersama rakan rakan di SACC tu. Aku nak berbuka di rumah dengan keluarga aku. Alhamdulillah..

Sewaktu di sana , aku kerap whatsapp wife bertanyakan khabar kedua dua permata aku ni.. Bukan apa , bukan mudah nak kawal dioang ni terutama Qhaliff yang mana sel sel otaknya kerap berhubung setiap 0.000000001 saat ! Ada saja dia nak buat !

Dan setengah hari mereka dihabiskan dengan tidur ! Waahhhh .. lamanya tidur ???

Hurm… mananya tak lamaa tidur di siang hari ! Malamnya tidur kul 2 pagi gitu haaa ..

Bayangkan semalam .. aku balik dari program tu.. sakit kepala.. badan lesu.. dan mereka tak nak tidur hingga jam 2 pagi gitu ! Sorang sorang buat hal !

Qhaliff.. tak tidur tak pe.. Tapi bila dia tak tidur ,dia buat bising ! Allah.. geramnyaaa !  Kalau dia sorang je tak pe la.. Ni dia dah ada adik..

Bila dia bising , adiknya yang dah berkali kali terlelap tu , terjaga semula dan mula menangis ! Dia punya menangis bukanlah tahap lagu hindustan tapi terus ke Heavy Metal !

Dah dua dua tak nak  tidur.. wife pulak dah mmg tak larat nak handle.. Aku la kena bagi dua dua tidur ! Aku sendiri pon dah terhoyong hayang..

Bila dah dua dua tidur .. satu kenikmatan yang tak terhingga bila dapat tutup mata untuk beberapa jam ! Bangun sahur pon tak sedar. Aku makan apa pon tak ingat tadi.. hahaha ..

Tengok bola ?? Huh.. takde maknanya laaa ! Dan sehingga jam 10 pagi ni , dua dua masih lena .. dan aku dah mula bekerja ! 

Cari rezeki … heeee.. Ingat kawin hanya untuk satukan perasaan je ke ?? I love u , u love me pastu jom kawin .. buat anak.. Pastu tak reti nak jaga ! Haaaaa.. Tu pasal mak bapak suruh gi sekolah .. belajar tinggi tinggi.. bukan suruh keja bagus bagus tapi suruh manfaatkan ilmu yang dipungut tuuuu …

7 ulasan:

  1. Dugaan kan abang ben..tapi inilah nikmat yang akan dirindui bila mereka dewasa kelak..puas hati bila dapat mengasuh,, menjaga,, mentarbiah anak anak sendiri..kadang PC sedih bila melihat ada yang menjaga anak semasa dalam pantang sahaja..tinggal anak di kampung biar atok nenek jaga..motif berdua lebih baik..nak privesi..sedihnya..

    BalasPadam
  2. Gitulah bila bergelar ibu ayah ni kan... anak saya pun jenis menangis high pitching masa baby... boleh bayang zahra nangis...

    BalasPadam
  3. act,abg ben hebat jaga anak.:)

    BalasPadam
  4. Saya memahami. Ada sorg putera 2y10m sorg puteri 1y...si abg yg kuat cemburu.. :)

    BalasPadam
  5. tidur lena betul Qhaliff dan Zahra selepas membuli daddynya...sabor je le

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009