Lelaki , jangan ingat kita je letih !

by - Isnin, Julai 07, 2014

 

Bila aku nampak komik di atas ni , aku terdiam. Ketawa ? Tidak sama sekali ! Sebab aku sedang merasainya walaupun hanya 50% !! Tu pon dah tersangat penatnya !

Kalau dulu , aku gi kerja .. balik .. Aku bagitau mak atau wife aku , aku penat ! Banyak keje kat opis ! Kalau duduk rumah , mesti rileks jer.. Nak jaga anak pon bukan susah !

Setelah ada Qhaliff , aku masih boleh lagi la bernafas ! Tu pun dia belum jejakkan kaki ke usia 2 tahun.. Tapi sekarang ni ? Perghhh !! Seriusss wehh .. memang boleh mendatangkan geram dan marah jika tidak dikawal betul betul ! Sangat mencabar ketika mereka baru dapat kaki dan akal !

Tambah sorang lagi ? Huhuhu.. Aku boleh tidur bila semua dah tidur ! Selagi diorang tak tidur , aku tak boleh nak tidur atau buat kerja ! Nak tengok bola ? Hurm.. Boleh tu boleh.. tapi aku kena kejam la ! Biar wife yang amik alih semua !

Tapi kesian laaa .. takkan nak biar dia buat sorang sorang pastu kita tengok bola yang tak melibatkan negara kita langsung ! Sorak negara orang ! Bila diorang juara , kita mintak cuti !! Hahahaha .. Buang karan jer .. Tengok suka suka boleh la..

Kawan , sebagai lelaki .. sebagai suami .. kena bantu la isteri kita. Kalau dia sakit , kita jugak susah ! Kita kena jaga anak.. kena jaga dia lagi ! Jadi , kena la sama sama pikul tanggungjawab. Jangan ingat kita gi kerja kat pejabat tu dah memadai. Isteri kita pon keje gak .. balik sambung keje kat rumah.. Pakat pakat la bantu !

Tu belum lagi kalau si suami tu suri rumah sepenuh masa dan pada masa sama , mencari rezeki untuk keluarga ! Haaa .. masa bila nak buat kerja ??

Bila kita letih , kita jangan ingat kita je letih dan orang lain tidak ! Kalau kita kejam , boleh la pikir gitu dan jangan la hairan bila satu hari nanti , kita diperlakukan begitu ..

You May Also Like

16 comments

  1. Salute! Kakak rasa nak dapat suami/bapa yg macam ini payah..

    BalasPadam
  2. Tabik spring pada Ben. Memang suami2 semua patut macam Ben. Saya pun urus 5 anak, walau orang kata housewife je, semput....

    Tapi alhamdulillah, suami saya banyak bantu...SYukur/

    BalasPadam
  3. masing2 ada tugasan x kira laki ke prmpuan...yg penting kerjasama kan :)

    BalasPadam
  4. alhamdullilah saya bersyukur dikurniakan suami yang membantu saya dari semua segi dari hal anak, rumah dan ilmu agama...amin sangat2

    BalasPadam
  5. so true... belum lagi cerita bab berjaga tengah malam, kadang2 geram je tengok orang sebelah tdo berdengkur... but walaupun berdengkur, banyak juga husband tolong, hari2 memang tak nampak sebab dia tolong biasa2 je... ce husband outstation seminggu! ha.... baru tau yang biasa2 tu sebenarnya "besar"... ape pun Alhamdulillah, bersyukur selalu kan...

    BalasPadam
  6. Alhamdulillah, syabas Ben. ada juga lelaki yang menyedari bahawa isteri juga penat. malahan tugas seorang isteri, ibu dan juga suri rumah boleh di kira 24jam tanpa henti. tengah tidur pun kena alert bila mana anak nagis nak susu (kpd yang ada nak kecil).

    BalasPadam
  7. Ramai yg tak sedar. Bukan mudah nak urus ank dan rumah tangga sebenarnya. Keduanya perlu saling membantu

    BalasPadam
  8. betol tu. surirumah takde masa rehat pon.

    BalasPadam
  9. Duduk rumah je, tapi rumah tunggang langgang mengalahkan jiran yg bekerja.. mesti dikatanya kita pemalas kan? Huhuhu...

    BalasPadam
  10. Ddok rmh jd suri rmh ..jge ank sndri ..jge ank org 6org ..jge suami sorg ..maq dh buat semuani hampir 20 thn dn apa.yg dhrpkn suami ..phamilah situasi ini ..mcm Ben boleh phm

    BalasPadam
  11. jadilah pasangan yang sentiasa prihatin terhadap satu sama lain barulah ringan tanggungjawab masing-masing, InshaAllah

    BalasPadam
  12. Bagus la klw dpt suami yg memahami. Salute la kat abg ben ni. Untung sape jadi wife.

    BalasPadam
  13. jgn serah semua urusan anak ke isteri. Pesan mak saya, esok esok anak lelaki dia jgn berkira nak urus anak, mandikan anak, basuh kencing berak. Kalau tak jgn heran bila dah tua2 anak2 lagi senang nak jaga ibu dari ayah sendiri. Alhamdulillah adik beradik lelaki saya ingat pesan ni, berebut nak mandikan anak atau basuh najis.

    BalasPadam
  14. Bagusnya dapat suami yg memahami.

    BalasPadam
  15. Berat sama dipikul..ringan sama dijinjing.

    BalasPadam