Lena diulit mimpi ..

 

Mula mula aku ingat nak beli portable rocker kat blogger Diya Nadia yang mana menjual peralatan untuk baby ni , murah murah ! Serius murah !!

Yang rocker ni , aku tengok kat Jucso .. mmg mahai laa… Kat Toy’s R Us pon mahal.. Kat dia , murah .. Baru 100++ !! Haaaa.. Murah kan ? Macam macm lagi ada dia jual .

 

image

 

Tapi wife kata tak perlu dah sebab dah ada dah .. Nanti rumah penuh dengan barangan baby jer .. Huhu.. Redha je laa..

Macam aku cerita tempoh hari , gi ke Jusco Maluri .. aku beli car seat yang dua dalam satu..

Tadaaaaa … Zahra suka duduk dalam ni.. Lenaaaa kooo.. Kenana ajar dari sekarang sbb pasni nak kena travel sana sini , bertiga ! Harga aku beli , RM299 .. Aku rasa yang ni lebih elok dari aku beli kat Qhaliff 2 tahun lepas.. yang mana harga lebih mahal hari yang ni .. Tapi ok gak la mahal.. tahan lama.. heee ..

Dan yang aku beli ni , jenama Sweet Cherry. Tak tau la buatan mana dan ada sijil HALAL ke tak.. heee .. Aku tengok Zahra selesa duduk .. Qhaliff pon boleh tumpang sekaki , ok laa..

image

Car seat ni leh jadi rocker dia di rumah dan jadi car seat bila di dalam kereta .. Malah boleh usung ke hulu ke hilir lagi.. heee.. Ada tangkai !

13 ulasan:

  1. ahahaha..senang, 2dlm satu..

    BalasPadam
  2. Memang bebetul lena si Zahra... sedap sangat lettew.....

    BalasPadam
  3. abang ben, murah tu memang murah tapi counterfeit tu
    hari tu pernah tanya kat Fisher-Price
    diorang kata kalau barang tu lagi murah dari
    harga pasaran, confirmed counterfeit

    BalasPadam
  4. Alalalala, lena nya dia tidurrrr!

    BalasPadam
  5. Shhh...! Jangan bising! Baby sedang tidur. Ngeeee. :3

    BalasPadam
  6. My baby pun pkai carrier ni jgk..senang..bwk gi tesco, jj ke buh dlm troli..senang...

    BalasPadam
  7. lena benor Zahra tidur, mmg selesa betullah alat tu...comelnya

    BalasPadam
  8. saya pun beli yg mcm ni jgk..senang nak angkut..ajar dr kecik sbb nanti dia tau duduk diam dlm tu..kan budak2 kalo da pndai ppusing badan payah kan tp anak saya tau kalau duduk dlm tu memg kena duduk diam..xleh pusing2..hehe

    BalasPadam
  9. cantik tapi hati-hati tidurkan anak kecil dalam carseat mcm ni..boleh sebabkan SIDS..nauzubillah..

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009


Dikuasakan oleh Blogger.