LITTLE SCIENTISTS di IKIM.FM

by - Jumaat, Julai 11, 2014

 

Satu program pendidikan yang sangat bagus untuk kanak kanak 4 tahun ke atas .. Bagi aku sistem ni patut ada di semua taska yang menekankan pendidikan awal yang lebih bersifatkan praktikal. Yang penting , ianya melibatkan pengenalan awalan kepada pendidikan Islam dan Sains.

Pastinya dengan sistem LITTLE SCIENTISTS , anak anak kita akan belajar melakukan segala eksperimen dengan sendirinya dan dipantau oleh guru guru taska mereka.

 

Antaranya , pencampuran warna yang mana biasanya dibuat dengan melukis di atas kertas. Ini konsep lama yang mendatangkan kebosanan seterusnya anak kita malas untuk eksplore dengan lebih mendalam.

Jika mereka melakukan ujikaji sendiri dengan bahan yang selamat , pastinya mereka akan lebih kreatif dan sifat ingin tahu amatlah tinggi..

Contohnya , warna biru campur dengan warna merah .. Ujikaji dilakukan. Guru akan memberikan tabung uji dan air seterusnya mencampurkan warna yang diberikan. Soalan ditanya dan murid akan menjawabnya berdasarkan ujikaji tersebut !

Guru akan menjelaskan kemudian dan kaitkan dengan ISLAM..

Antara ujikaji yang lain , seperti di dalam video dibawah ini ..

Menarik kan ? Seperti belajar Sains di sekolah menengah lak .. heeee.. Zaman aku dulu laa .. Sekarang ni , tak pasti lak sekolah rendah dah belajar melakukan ujikaji di makmal.. heee..

Kaedah ini akan membuatkan anak kita berfikiran seperti sainstis dan rasa ingin tahu pastinya akan lebih mendalam.

Buat pengetahuan korang , LITTLE SCIENTISTS mempunyai slot khas di TV9 , setiap hari Jumaat yang dinamakan ‘Slot Little Scientist’. Menurut pengacaranya , Nurazidah Mohamed ..

Ilmu sains yang akan diketengahkan dalam program ini bukan sahaja mengenai sains semata-mata, ia akan dikaitkan dengan islam seperti sunnah dan siapakah pencipta disebalik kewujudan sains.”

“Harapan saya untuk program ini adalah supaya program Assaalamualaikum dapat memberi manfaat kepada mereka dan program ini bukan setakat untuk ditonton tetapi juga untuk memberi ilmu dan maklumat kepada orang ramai.”

Ok , buat pengetahuan korang  LITTLE SCIENTISTS telah  dijemput ke radio IKIM dan bersiaran langsung pada 9/7/2014 lalu ! Haaa.. ! Nak dengar perbincangan mereka ? Sila klik SINI

Semoga anak anak kita akan lebih kreatif dan lebih mengenali ISLAM tanpa mengenepikan pendidikan Sains ! InshaAllah ..

Untuk maklumat lanjut , boleh layari :

Website: www.LittleScientistS.com

Online Shop: www.LittleScientistS.com/shop

Youtube Channel: http://www.youtube.com/littlescientistvideo

Instagram: www.instagram.com/theLittleScientistS 

Email : enquiry@littlescientists.com

Tel : 010-7666128

You May Also Like

1 comments

  1. Program yang sangat bermanfaat untuk anak2. Syabas Littlescientist!
    http://vitamincintaummi.blogspot.com

    BalasPadam