Makan satay di pagi hari !

 

Kalau sapa sapa yang tak pernah gi Kelantan lagi , jangan terkejut kalau ternampak ada orang sedang makan satay di pagi hari ! Haaaa… Aku dulu terkejut jap laa.. Aku tanya wife , dia jawab .. biasa la…

“ This is Kota Bharu ! “.

Owhhh .. baru aku tauuu . Patutlah kalau gi bersarapan pagi , antara juadah yang disediakan adalah satay !

Agak kekok bagi aku pada awalnya .. sbb biasanya aku makan satay , malam malam… hehehe.. Makan belah pagi , terasa lain sangat..

Lama kelamaan .. leh la terima makan satay di awal pagi dan juga makan nasi ! Selama ni , kalau nak berat pun , aku makan nasi lemak.. tu pun dah menyesal giler sbb lepas makan , terus duduk buat kerja.. Hasilnya , lemak perut berinci inci naik ! Hurmm..

Orang dulu lepas makan berat , diorang wat kerja berat.. kan kan ? Orang skang .. lepas makan berat , berat dah mata .. nak sambung tidur ! Huhu..

2 ulasan:

  1. Kt muar johor pon mkan satay d pagi hari... :)

    BalasPadam
  2. #ThisisMuar

    Sarapan Satay & Mee Bandung adalah perkara normal :-)

    Jom turun Muar, Ben...

    kalau turun Kulai, kita breakfast Char Kuey Teow plak..hehe

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009


Dikuasakan oleh Blogger.