Mereka perlukan bantuan kita semua !

by - Rabu, Julai 16, 2014

 

Sewaktu di rumah anak yatim , baru baru ni .. aku sempat berbual dengan pengetua rumah anak yatim tersebut .. Antara soalan aku ialah asal usul anak anak yatim ni.. Bajet perbelanjaan .. Punca pendapatan bagi menampung perbelanjaan anak yatim , serta gaji guru guru dan juga dana dari kerajaan.

Kebanyakkan anak yatim adalah dari sekitar Selangor. Perbelanjaan bulanan secara kasarnya adalah 35k++ .Jumlah penghuni , dalam 50 orang anak yatim.Punca pendapatan , sumbangan orang ramai dan NGO.


Dia kata pada tahun 80 an , nak dapatkan sumbangan dari orang ramai mmg payah. Tapi sekarang , kesedaran terhadap anak yatim ni semakin meningkat. Alhamdulillah.. Ramai yang sudi menghulur duit dari menjeling sekarang ni..


Sekarang ni pengetua rumah anak yatim nak siapkan sebuah blok asrama untuk kediaman penghuni yang lebih selesa. Pembinaan baru dimulakan cuma bajet je belum mencukupi.


InshaAllah , aku dan rakan rakan blogger akan cuba membantu.. Bayangkan sumbangan kita itu dimanfaatkan sepenuhnya .. Dari asyik makan sedap sedap , tapi jadi najis gitu jer.. baik makan biasa biasa jer , baki duit , kita sedekahkan pada yang memerlukan..

Daripada Abu Ummah diceritakan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Barang siapa yang membelai kepala anak yatim kerana Allah SWT, maka baginya kebaikan yang banyak daripada setiap rambut yang diusap. Dan barang siapa yang berbuat baik kepada anak yatim perempuan dan lelaki, maka aku dan dia akan berada di syurga seperti ini, Rasulullah SAW mengisyaratkan merenggangkan antara jari telunjuk dan jari tengahnya.” (Hadis riwayat Ahmad)

Allah SWT berfirman dalam al-Quran yang bermaksud: “Katakanlah, sesungguhnya Tuhanku melapangkan rezeki bagi siapa yang dikehendaki-Nya di antara hamba-hamba-Nya dan menyempitkan bagi (sesiapa yang dikehendaki-Nya)’, dan apa saja yang kamu infakkan, maka Allah akan menggantikannya dan Dialah pemberi rezeki yang sebaik-baiknya.” (Surah Saba ayat 39).

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Tidak ada suatu pagi yang dilalui oleh seorang hamba kecuali dua malaikat turun. Satu daripadanya berkata: Ya Allah, berilah ganti orang yang berinfak (dermawan). Malaikat yang satu lagi berkata: Ya Allah, berilah kehancuran bagi orang yang kedekut.” (Hadis riwayat Bukhari, Muslim dan Ahmad dari Abu Hurairah).

Bagi mereka yang ingin menyumbangkan atau bertanya lebih lanjut , sila hubungi pengetua rumah tersebut ..

Photo

You May Also Like

4 comments

  1. Anak yatim bukan sahaja ujian buat kaum keluarganya bahkan juga ujian buat keseluruhan masyarakat.

    Kesedaran orang zaman sekarang adalah seiring dengan mudahnya kita mendapat ilmu.

    BalasPadam
  2. Mereka suka bermanja kan :) rindu pulak kat habah :)

    Insyaallah, kita bantu semampu mungkin, sedikit bentuan yang kita hulurkan, memberi seribu sinar harapan kepada mereka ..

    BalasPadam
  3. jom kita pakat-pakat bantu selagi termampu terutama dalam bulan penuh keberkatan ini....

    BalasPadam
  4. Alhamdulillah..makin ramai yang celik mata...

    BalasPadam