Million Dollar Baby ..

by - Rabu, Julai 16, 2014

 

Filem lama tapi tak pernah berjaya menarik perhatian aku untuk menontonnya ! Hari ni , baru aku sedar rupanya kat ASTRO channel 131 banyak cerita lama yang best best.. Biasa dok layan 411 , 412 ,413 dan beberapa channel lain..

Dulu aku malas nak layan sebab pasal boxing.. Perempuan bertinju lak tu ! Adeh.. malas benar nak layan .. Cerita sayu sayu ni bosan nak tonton.. Nak cerita aksi dan cerita rekaan  jer.. Heheheh..

Maka buat kali pertama , aku menontonnya tadi .. malam tadi .. Oh , antara sebab aku menontonnya adalah kerana dua pelakon yang aku minat dan kagumi..

Kagum giler dengan perempuan ni ! Dia punya semangat nak belajar , berjaya .. mmg tinggi ! Ditambah dengan desakan hidup , keluarga lagi.. Hurmm..

Bayangkan .. di kala dia berada di kemuncak dunia , tiba-tiba dia terjatuh terus … dan tersembam ke bumi ! Bukan kerana keangkuhan .. Tapi hanya kerana kesilapan kecil yang dah berkali kali ditegur oleh jurulatihnya .. namun dipandang enteng ! Dan kesilapan kecil itulah membuatkan dia merana seumur hidup !

Teringat aku pada Neymar ! Di usia muda .. dikala dia disanjung dunia.. tiba tiba dapat berita akan lumpur seumur hidup ! Apakah dia akan diingati ? Aku rasa .. tak.. Dia akan hilang bersama hero hero Brazil yang lain.. Hanya Pele dan Ronaldo saja akan diingati.. Hurmm..

Berbalik pada filem ni .. filem ni ada banyak pengajarannya. Antaranya , keluarga… Sapa yang sebenarnya akan mengambil berat pada kita bila kita susah .. Sapa kawan dan sapa lawan ? Dan paling penting , di kemuncak dunia .. kita tak tau bagaimana kita nanti. Apakah akan jatuh atau terus berada di sana..

Hurm… sebuah kisah yang patut ditonton dan hayati..

You May Also Like

2 comments