Dapur Tanpa Sempadan...

Khamis, 17 Julai 2014

Perketatkan etika pemakaian !

 

Kalau orang tu pengemis , fakir miskin .. ok lagi la.. Tapi kalau dia punya gaya serupa memiliki kereta Peugeot yang baru dibeli semalam .. tu melampau laaa !!

Maksud aku ialah pemakaiannya ketika berada di hospital ! Tak kira la samada datang melawat , mendapatkan rawatan ( melainkan kebetulan dia sakit ) , pemakaian perlu sama sekali diambil berat !

Semalam di HKL.. Teman ayah aku buat rawatan lanjutan kansernya..
Skg di bhgn menunggu. Terpandang seorang perempuan berkaca mata hitam berjalan ke arah aku dan berhenti lalu duduk disebelah seorang lelaki yg nampaknya mcm sebangsa aku .

Yg menarik perhatian aku ialah perempuan tu.. Berbaju jarang cerah hingga menampakkan baju dlm warna pinknya.

Maaflah.. aku bukan nak mengajak mengumpat tapi sebaliknya meminta kita sama sama bersepakat meminta kerajaan menguatkuasakan etika pemakaian di  tempat awam seperti hospital , jabatan kerajaan.. Kalau mereka berpakaian yang boleh dikategorikan sebagai ‘melampau’ , jangan benarkan mereka masuk ke premis mereka atau sediakan jubah untuk mereka seperti mana nak masuk masjid Putrajaya.. Heeee..

Bukan apa.. Bila berurusan dengan perempuan yang berpakaian seksi , mata tertarik pada tempat tak sepatutnya disebabkan syaitan dok bergayut kat situ ! Kalau berusaha melawan pon , jadinya tak dapat menumpukan perhatian sepenuhnya pada pelanggan yang berada di hadapannya !

Jangan sampai ada berbra dan berseluar dalam je gi hospital , baru nak amik tindakan !

5 komen :

Nuruashia berkata... [Reply to comment]

setuju tu bangbeng.. agaknya kena tunggu wanita seksi tahap telanjang bru nak amik tindakan hmmmmm..

✿AINAA ROSEBERRY✿ berkata... [Reply to comment]

Kalau ena nampak perempuan macam tu pun akan tengok tang tuuuttt je... Haishhhhh Semoga dijauhkanlah

yaya_flanella berkata... [Reply to comment]

memang dia nak fashion mcm tu kot aben. haha

Cik Asma BLuppy berkata... [Reply to comment]

adoii la. ade jugak pesen gitu ye.

aRz MoHa berkata... [Reply to comment]

betul tu. pemakaian jugak merupakan salah satu sebab kecenderungan bertambah masalah sosial

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI